Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Tuesday, May 31, 2011

Belajar dari kesakitan...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapa ?

Manusia tidak lepas dari melakukan dosa dan kesilapan....sedar atau tidak...

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Dengan sakit, adakalanya, barulah kita mula mendekatkan diri dengan-Nya. Dengan sakit membuatkan kita berasa insaf akan ketidaksempurnaan diri. Sakit juga membuatkan kita rasa sangat keseorangan melainkan keseorangan itu digantikan dengan Cinta kepada Allah. Hanya kerana Allah sahaja  yang Maha Mengetahui sakit dan menderitanya kita.  Orang lain tidak tahu walaupun kita nyatakan kita sakit, mereka tidak akan dapat merasainya melainkan hanya mengucapkan kata-kata simpati dan salam takziah. Ya! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Jadi, janganlah berasa tidak redha dengan kurniaan dari Nya. Wallahua'lam.