Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Tuesday, October 1, 2013

BERJUANG TIDAK MUDAH!!!



















WAHAI ANAK DIDIK SEKALIAN, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013.
SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Sunday, July 28, 2013

Tips Menduduki Peperiksaan

Salamualaikum...
Kepada semua anak didik. Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR. Walaupun percubaan, tetapi sangat penting. Boleh jadi, inilah penanda aras kepada keputusan peperiksaan sebenar nanti. Pelajar SPM pula selamat menduduki ujian JUJ. Jangan ingat nak raya saja. Perjuangan menuntut ilmu sangat penting.

Tips Menduduki Peperiksaan

Sunday, January 13, 2013

ZIKIRKU : YA AZIZ

Biarpun langkah ini lelah, namun ku harapkan jiwa ini terus teguh dengan kekuatan Allah Ya Aziz, Yang Maha Perkasa. Sendi-sendi ini longlai, namun hati ini mengharapkan Mu Ya Allah untuk terus menguatkan langkahku meneruskan tugas dan perjuangan yang tak mudah ini.
Bantulah aku Ya Allah. Aku tahu Engkau sentiasa melihatku. Engkau sentiasa berbisik dalam hatiku. Engkau sentiasa mendengar rintihan hatiku. Allah...Allah...Allah.