Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

SMK KERDAU

ASAL USUL NAMA KERDAU

Nama KERDAU  ini diambil kerana zaman dahulu kampung ini ditumbuhi pokok kerdau.Pokok kerdau ini kelihatan seperti pokok pinang. Pokok kerdau ini dijadikan hiasan apabila orang kenamaan melawat kawasan ini.Dengan itu lama kelamaan nama kampung ini diabadikan dengan nama Kerdau.Penempatan di Kerdau ini ,telah mula dibuka sejak tahun 1800 lagi.


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1980 dan siap sepenuhnya pada tahun 1982. Sekolah ini berada 20 kilometer dari Bandar Temerloh dengan keluasan 26 ekar dan terletak di persimpangan empat Kerdau. Sekolah ini telah memulakan pengambilan murid pada 3.1.1983.


PENGETUA-PENGETUA SMK KERDAU


BIL

NAMA
TAHUN
1

Encik Abdul Jalil B M.Said
Jan  1983 - Okt 1987
2

Encik Zainuddin B Haji Tut
Okt 1987 - Jan 1992
3

Puan Narimah Bt Abdul Malek
Feb 1992 – Okt 1996
4

Encik Othman B Yusof
Jan 1997 – Jan 1998
5

Encik Abdul Razak B Mohamad
April 1998 – Mac 1999
6

Encik Mohd Mashod B Fakahsafie
Mac 1999 – Jun 2000
7

Encik Haji Jailani B Haji Ludin
Jan 2000 – Jun 2002
8

Encik Mohamad Saballah B Taib
Jan 2004 – Dis 2004
9

Puan Hajah Afiah Bt Abdul Razak
Dis 2004 – Nov 2006
10

Puan Hajah Halimah Bt Sidek
Nov 2006 – Feb 2009
11

Encik Mohamad Ripin B Sedek
Mac 2006 – Ogos 2014
12

Encik Muhtar Bin Ibrahim
Ogos 2014- Feb 2015
13

Puan Munawarah Binti Mahmud
Feb 2015 - Kini

-------------------------------------------------------- 


LENCANA SEKOLAH
 
COGAN ISLAM
Agama Islam adalah agama rasmi negara yang menjadi teras pegangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.


BERILMU BERBAKTI
Seseorang itu mestilah berilmu dahulu sebelum ia dapat mencurahkan baktinya terhadap nusa dan bangsa.

LAMBANG SUKAN
Sukan juga dititik beratkan demi kecemerlangan pelajar.

LAMBANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Melahirkan pelajar yang cemerlang ke     arah sains dan   teknologi.

BENDERA NEGERI
Melambangkan negeri naungan.

PINTU YANG TERBUKA
Melambangkan kebebasan pelajar untuk memilih aliran dalam pembelajaran mereka dan   melambangkan  peluang-peluang terbuka  untuk  mendapatkan ilmu.

MAKSUD WARNA
PUTIH          : Melambangkan kebersihan rohani dan jasmani.

KUNING      : Melambangkan keriangan.

HIJAU          : Melambangkan pelajar yang masih mentah dan memerlukan bimbingan.

HITAM         : Melambangkan keutuhan undang-undang yang perlu dipatuhi.

_________________________________________________________                                                                                                                                                                     
LAGU SEKOLAH
Melangkah ke arah wawasan
Berilmu berbakti
Adalah matlamat kami
Untuk ibu pertiwi
Oh SMK Kerdau
Kami masyhurkan namamu
Untuk masa depan yang gemilang
Terbilanglah sekolahku
Melangkah ke arah wawasan
Berilmu berbakti
Adalah matlamat kami
Untuk ibu pertiwi
Oh SMK Kerdau
Kami masyhurkan namamu
Untuk masa depan yang gemilang
Terbilanglah sekolahku
Hasil Ilham:
En. Mohd Akmal bin Ariffin

-----------------------------------------------

PROFIL SEKOLAH

Tarikh ditubuhkan         : 1983

Kod Sekolah                  : CEA7060

Alamat                           : KM 18, Jalan Temerloh Jerantut,  28010 Temerloh, Pahang.

No. Telefon                    : 092846044

No. Faks                        : 092847671                 

Pengetua pertama          : En. Abdul Jalil bin Mohd

Pengetua semasa            : Pn. Munawarah binti Mahmud

GPK Pentadbiran           : Pn. Siti Zaleha binti Muhamed Said

GPK Hal Ehwal Murid  : Tn. Hj. Ariffin bin Mohamed

GPK Ko-Kurikulum      : Tn. Hj. Mohidin bin Jafar

Kaunselor                      : Pn. Siti Alssalihah Binti Yaacob, K.B., P.A.
                                      : En. Jamri B. Sidek, K.B., P.A. 

Ketua Bidang                : Pn. Zainab Bt Tugiman (KB Sains dan Matemetik)
                                      : Pn. Senua Bt. Othman (KB Kemanusiaan)
                                      : En. Mohd Subhi B. Kemi (KB Votek)
                                      : Tn. Hj. Rohaizad B. Ahmad Patanah (KB Bahasa)

Bilangan Guru               : 43 orang

Bilangan Staf                 : Sokongan (8 orang) Staf  swasta  (7 orang)

 --------------------------------------------------------------------------------------

Bilangan Murid 2016

Tingkatan
Bil. Kelas
Jumlah
L
P
Jumlah
Tingkatan 1
4
51
50
101
Tingkatan 2
4
50
51
101
Tingkatan 3
4
58
56
114
Tingkatan 4
3
42
30
72
Tingkatan 5
4
43
40
83
JUMLAH
19
244
218
462

---------------------------------------------------------------------------

PELAN KEDUDUKAN BANGUNAN DAN KELAS SMK KERDAU TAHUN 2016

----------------------------------------------------------------

WAJAH-WAJAH PENDIDIK SMK KERDAU


------------------------------------------------------------------------------------

STAF SOKONGAN



Di petik daripada Majalah Sekolah Sinar SMK Kerdau.






No comments:

Post a Comment