Pages

Monday, April 25, 2016

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2016

Tahniah kepada yang telah berjaya. Yang tidak berjaya, jangan putus asa. Jalan masih terbuka luas, masih banyak pilihan yang menanti.


 Para pelajar sedang tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Kolej Komuniti Temerloh mengenai peluang-peluang pendidikan dan kerjaya yang ada di Kolej Komuniti.


Pegawai Kolej Komuniti yang bersungguh berkongsi peluang untuk para pelajar menyambung pelajaran. Terima kasih encik.


Yang ini...macam biasalah. Puan Kaunselor yang teramat prihatin dan gusar dengan masa depan anak-anak pelajar sekalian. Beliau menyampaikan maklumat mengenai permohonan kemasukan ke ipta dan ilka. Tanggungjawab dan komitmen pelajar semasa permohonan ke ipta, ilka dan politeknik adalah sepenuhnya terletak di bahu pelajar. Please cakna! Alert!!!


Rakan Puan Kaunselor, En. Jamri B. Sidek, memberikan sepatah dua kata mengenai keputusan SPM dan program karnival kerjaya peringkat daerah Temerloh yang akan diadakan pada 31 Mac lalu. Report jer yang lambat. Sorry.


Ini pula, bonda kita semua, Pengetua SMK Kerdau yang menyampaikan ucapan  dan kata-kata semangat kepada semua pelajar. Macam nak exam pulak. Begitulah bersemangat bonda Munawarah. Sentiasa menyantuni pelajarnya dengan dorongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi.


Hak ni...geng-geng guru kelas 5 Amanah, 5 Baik, 5 Cerdas dan 5 Dinamik. Dan Bendahari PIBG. Mereka sedang tekun memasukkan keputusan SPM pelajar ke dalam sampul cenderamata yang diberikan oleh IPTS. Await menyorok? Tak nak bagi nampak ya...???


Para ibu bapa yang turut hadir dan menemani para pelajar mengambil keputusan SPM. Setianya mereka. Memberikan dorongan dan galakan sehingga ke saat ini.


Inilah wajah-wajah pelajar terbaik SMK Kerdau SPM 2016. Show, katanya nak jadi guru kerana berminat untuk mengajar orang lain. timbul rasa minat untuk mendidik kerana mendapat pengalaman mengajar kanak-kanak pada masa lapang. Semoga berjaya Show.


Ini juga pelajar cemerlang SPM, Fatin Nur Anis Safarina. Berminat nak jadi guru juga. Semoga berjaya Fatin.


Sesi bergambar pelajar cemerlang dengan guru-guru dan pentadbir sekolah. Tahniah sekali lagi buat para pelajar. Yang paling penting buat semua guru yang terlibat dalam mendidik dan membentuk mereka. Tahniah!.

No comments:

Post a Comment