Pages
NUKILAN HATI
TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR
MENCARI SESUATU???
Sunday, October 25, 2026
Wednesday, April 23, 2025
ILMU FARDHU AIN TERAS ILMU PEMIKIRAN
Tak belajar ilmu fardhu ain yang sangat wajib dipelajari akan menyebabkan seseorang boleh tersesat dalam perjalanan. Terutamanya jika hanya diri sibuk belajar ilmu dunia, ilmu pemikiran dunia, maka sangatlah mudah terperangkap dalam pemikiran yang tidak bertauhid. Apatah lagi menjadi seorang guru, banyak pula kesalahan dalam mendidik generasi berikutnya.
Monday, January 15, 2024
SETAHUN BERLALU DI SMK BUKIT CERMIN

ASSALAMUALAIKUM SMK BUKIT CERMIN
ASSALAMUALAIKUM.
SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA.
Dimaklumkan bahawa saya, Kaunselor telah pun bertukar dari SMK Kerdau ke SMK Bukit Cermin bermula 18 Mac 2023 sehingga kini. Saya telah berkhidmat di SMK Kerdau bermuyla 16 Ogos 2012 sehingga 18 Mac 2023 sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
Sunday, February 21, 2021
KAUNSELOR BERDAFTAR - LESEN DAN PERAKUAN AMALAN
Berikut di atas adalah daftar perakuan dan juga perakuan amalan dwi-tahunan seorang kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. meskipun tidak wajib berdaftar, namun penulis yakni selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan seorang Kaunselor Berdaftar. Demi kesinambungan tugas-tugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM), pada saya, eloklah seorang GBKSM mendaftarakan diri dan perkhidmatannya dengan Lembaga Kaunselor. Tidak ada ruginya mendaftar. Gunalah elaun perkhidmatan awam yang diterima untuk membuat pendaftaran dan pembaharuan setiap 2 tahun sekali dengan kos yang sangat minima iaitu RM 200.00 untuk setiap pembaharuan.
Bagi saya, seorang GBKSM amat perlu mempunyai Lesen Kaunselor Berdaftar. Ianya turut memastikan kita untuk terus bertindak dan melaksanakan kerja buat kaunselor mengikut landasan yang benar berdasarkan Akta 580 Akta Kaunselor 1998. Boleh rujuk di Akta Kaunselor . Seiring dengan keperluan perkhidmatan seorang Kaunselor pada masa kini, moleklah kiranya para GBKSM mempunyai Pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor. Saya teringat dengan kata-kata Dr. Halim dalam suatu ceramah beliau yang saya hadiri, sebaiknya seorang kaunselor membawa ke mana-mana sahaja buku Akta 580 Akta Kaunselor sebagai rujukan bagi menunjukkan bahawa betapa kerja-kerja kaunselor merupakan suatu kerjaya yang sangat profesional. Begitulah lebih kurang bunyinya. Ini menunjukkan betapa kaunselor perlu selalu bertindak dalam suasana yang profesional dan perlu sentiasa merujuk buku utama perkhidmatan. Untuk tujuan pendaftaran, boleh lah saudara saudari GBKSM merujuk kepada laman sesawang Lembaga Kaunselor untuk tujuan pendaftaran Kaunselor Berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia.
Thursday, January 9, 2020
TUGAS-TUGAS KAUNSELOR SEKOLAH
1. Mengenal pasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
3. Merancang, melaksana, mengawal selia dan sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok secara profesional dan beretika.
4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara optimum.
5. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.
6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.
7. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.
9. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid.
10. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Pendidikan Kerjaya Murid.
11. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.
12. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.
13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.
14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.
18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
20. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.






















.png)


