Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Sunday, February 21, 2021

KAUNSELOR BERDAFTAR - LESEN DAN PERAKUAN AMALAN

 



Berikut di atas adalah daftar perakuan dan juga perakuan amalan dwi-tahunan seorang kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. meskipun tidak wajib berdaftar, namun penulis yakni selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan seorang Kaunselor Berdaftar. Demi kesinambungan tugas-tugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM), pada saya, eloklah seorang GBKSM mendaftarakan diri dan perkhidmatannya dengan Lembaga Kaunselor. Tidak ada ruginya mendaftar. Gunalah elaun perkhidmatan awam yang diterima untuk membuat pendaftaran dan pembaharuan setiap 2 tahun sekali dengan kos yang sangat minima iaitu RM 200.00 untuk setiap pembaharuan. 

    Bagi saya, seorang GBKSM amat perlu mempunyai Lesen Kaunselor Berdaftar. Ianya turut memastikan kita untuk terus bertindak dan melaksanakan kerja buat kaunselor mengikut landasan yang benar berdasarkan Akta 580 Akta Kaunselor 1998. Boleh rujuk di Akta Kaunselor . Seiring dengan keperluan perkhidmatan seorang Kaunselor pada masa kini, moleklah kiranya para GBKSM mempunyai Pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor. Saya teringat dengan kata-kata Dr. Halim dalam suatu ceramah beliau yang saya hadiri, sebaiknya seorang kaunselor membawa ke mana-mana sahaja buku Akta 580 Akta Kaunselor sebagai rujukan bagi menunjukkan bahawa betapa kerja-kerja kaunselor merupakan suatu kerjaya yang sangat profesional. Begitulah lebih kurang bunyinya. Ini menunjukkan betapa kaunselor perlu selalu bertindak dalam suasana yang profesional dan perlu sentiasa merujuk buku utama perkhidmatan. Untuk tujuan pendaftaran, boleh lah saudara saudari GBKSM merujuk kepada laman sesawang Lembaga Kaunselor untuk tujuan pendaftaran Kaunselor Berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia


3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya seorang kaunselor berdaftar tapi tidak berkerja sebagai kaunselor buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana cara untuk renew lesen kaunselor

    ReplyDelete
  2. Salam.. Apa yg diperlukan untuk renew dwitahunan... Adakah menjadi satu keperluan untuk menghadiri mana2 seminar dll untuk kumpul mata cpd sebelum boleh membayar dan diluluskan renew dwitahunan perakuan amalan

    ReplyDelete
  3. Salam, saya merupakan graduan dari jurusan Bachelor in Counselling and Guidance. Saya nak tanya. Ada tuan/puan/cik buat tutorial untuk cara-cara mendaftar lesen kaunselor bawah Lembaga Kaunselor Malaysia? Terima Kasih.

    ReplyDelete