Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Sunday, April 15, 2012

Syair Pelembut Hati oleh Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah



Jika Rabb-ku mengatakan kepadaku: “Tidak malukah kau bermaksiat kepada-Ku?!
Engkau menutupi dosa dari para makhluk-Ku, tapi malah dengan kemaksiatan kau mendatangi-Ku!”
Maka bagaimana aku menjawabnya, dan siapa yang mampu melindungiku…
Aku terus menghibur diri dengan angan-angan (dunia) dari waktu ke waktu…
Tetapi aku lalai dengan perihal setelah kematian, tentang apa yang dapat mencukupiku setelah itu…
Seolah aku akan hidup terus, dan maut tidak akan menghampiriku…
Saat sakaratulmaut yang dahsyat itu benar-benar datang, siapakah yang mampu melindungiku…
Aku melihat wajah orang-orang… Tidakkah ada diantara mereka yang mau menebusku?!
Aku akan ditanya, tentang apa -yang kukerjakan di dunia ini- yang dapat menyelamatkanku…
Maka bagaimanakah jawapanku setelah aku lupakan agamaku…
Sungguh celaka aku… Tidakkah ku dengar firman Allah yang menyeruku?!
Tidakkah pula kudengar ayat-ayat yang ada di Surat Qaf dan Yasin itu?!
Bukankah kudengar tentang hari kebangkitan, hari dikumpulkan, dan hari pembalasan itu?!
Bukankah kudengar pula panggilan kematian yang terus melayangkan panggilan dan seruan kepadaku?!
Maka ya Rabb… akulah hambamu yang bertaubat… Tidak ada yang dapat melindungiku,
Melainkan Rabb yang Maha Pengampun, lagi Maha Luas Kurnianya… Dia-lah yang menunjukkan hidayah kepadaku
Aku telah datang kepada-Mu… maka rahmatilah aku, dan beratkanlah timbanganku…
Ringankanlah hukumanku… Sungguh Engkaulah yang paling kuharapkan pahalanya untukku

Saturday, April 7, 2012

Etika ber 'facebook' atau 'bermuka buku' seorang Muslim



Tidak dinafikan facebook banyak kegunaan kepada kita semua. Namun, kesan buruk akibat penggunaan facebook juga tetap ada. Walaupun facebook ini kelihatan seperti tiada apa-apa kesan terhadap diri kita atau mungkin kita cuma anggap ianya sebagai tempat untuk bersuka-suka, namun sebenarnya banyak perkara perlu dititik beratkan semasa menggunakan facebook, blog, laman web dan sebagainya. Hal demikian kerana, boleh jadi sama ada facebook, blog atau mana-mana web site akan menjadi kepada penyumbang dosa dan maksiat kepada diri kita.
Bagaimana tidak? Jikalau hal-hal sedemikian itu menjadi medan fitnah kepada diri kita dan juga orang lain. Sedar atau tidak, boleh jadi kita juga turut sama terlibat dalam hal tersebut. Cuba lihat checklist di bawah, boleh jadi kita mungkin pernah terlibat dalam hal-hal sedemikian.

  • Kita upload gambar-gambar yang tidak menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Kita hidangkan kepada mata-mata yang melihat gambar-gambar kita tanpa mengambil kira soal aurat.
  • Kita update status peribadi kita dengan hal-hal yang negatif, hal yang boleh diumpat dan diperkatakan orang lain, hal yang remeh dan tidak berguna sehingga lambat laun, orang akan fikir keburukan diri kita akhirnya.
  • Kita kongsi hal ehwal rumah tangga kita kepada tatapan umum seperti kita berselisih faham, selisih pendapat, hal-hal keluarga, dari soal anak, memasak, membasuh kain, hal kewangan, mertua, ipar duai sedangkan perkara tersebut adalah rahsia dalam rumah tangga dan tidak seharusnya dibuka untuk tatapan umum. Kemudian, diberikan pula komen-komen oleh orang lain termasuklah orang-orang yang tidak dikenali. Jikalau, respon yang diterima dalam bentuk nasihat dan pandangan yang berguna, baguslah. Tetapi, jika yang sebaliknya, macam mana? Boleh jadi, ini juga akan menjadi punca keruntuhan rumah tangga anda nanti. Dan sudah pasti, sudah ada perceraian yang berlaku kerana Facebook!
  • Cuba elakkan memasukkan semua maklumat tentang diri anda. Sembunyikanlah sedikit, tukarkan maklumatnya kepada maklumat yang lain. Jangan masukkan no. telefon, alamat rumah, tarikh lahir dan maklumat-maklumat peribadi yang lain. Boleh jadi akan berlaku kecurian maklumat, atau jika kita mendedahkan kepada umum, kita mungkin akan diganggu oleh orang-orang yang tidak dikenali. 
  • Jangan luangkan masa terlalu banyak untuk ber facebook, blog dan web site sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang anak, isteri, suami, ayah, ibu, guru, pelajar dan sebagainya. Ada isteri yang tak sempat memasak kerana lama sangat dengan facebooknya. Ada yang tertinggal solatnya, ada yang tak pergi sekolah kerana mengantuk dek terlalu lama melayani facebook.    
  • Jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim. Solat jangan dilewatkan dan diabaikan. Nanti akan bertambah kuatlah orang kafir, lemahlah orang Islam kerana dilalaikan oleh alat ciptaan mereka!
  • Dan banyak lagi........mungkin akan disambung di lain masa. ayuh kita bekerja! Sehingga berjumpa lagi.
  • Salamualaikum...Wallahua'lam.

Tuesday, April 3, 2012

Senandung Air Mata

Aku dikejutkan pada tengah malam,
oleh seekor merpati
Di dahanan itu ia melagu sayu
sedang aku masih kelenaan
Demi Tuhan Kaabah aku berdusta
kalau benar aku merindu
mana mungkin tanggisan merpati
dapat mendahuluiku
aku menyangka akulah pencinta
yang paling sedih menderita
kepada Tuhan aku tidak menangis
sedang binatang sentiasa dalam tanggisan.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah
Ayyuhal Walad
Majalah Q&A Vol.4 2012