Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Thursday, January 9, 2020

TUGAS-TUGAS KAUNSELOR SEKOLAH





1. Mengenal pasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

3. Merancang, melaksana, mengawal selia dan sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok secara profesional dan beretika.

4. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara optimum.

5. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.

6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.

7. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.

9. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid.

10. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Pendidikan Kerjaya Murid.

11. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid.

12. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.

18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

20. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.