Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Monday, January 15, 2024

PENTINGNYA WARNA DAN SUSUN ATUR PERABOT DALAM SUATU RUANGAN

 

 1. ANTARA PERKAKASAN DAN PERALATAN YANG KUANGKUT PINDAH DARI SEKOLAH LAMA, SMK KERDAU KE SMK BUKIT CERMIN SEWAKTU TIBA PERTAMA KALI PADA 20 MAC 2023. 

2. BILIK PERLU DIPASANG LAMPU SELALU KERANA GELAP DAN SURAM. 

3. LIHAT SAHAJA SUASANA SURAM BILIK WALHAL DIAMBIL MENGGUNAKAN KAMERA YANG SAMA. 

4. WARNA KUNING EMAS SANGAT TIDAK SESUAI, KELIHATAN PANAS NAMUN SURAM DALAM MASA YANG SAMA. 

5. KEDUDUKAN SUSUN ATUR PERABUT JUGA TIDAK SESUAI, WARNA KARPET, WARNA MEJA SERTA KEDUDUKAN PERALATAN JUGA TIDAK SELARI. 

6. SUDUT PANDANG BILIK SETELAH SELESAI KAUNSELOR MENYUSUN DAN MENYISIN PERLATAN KALI PERTAMA. KEDUDUKAN MEJA JUGA DIUBAH NAMUN KAWASAN MENJADI AGAK SEMPIT. 

7. KEMALAPAN SUASANA MENYEDIAKAN RUANG UNTUK FEELING 'SLEEPY'. 

8. PERUBAHAN SUDUT PANDANG KEDUDUKAN MEJA SELEPAS PENYISIHAN PERALATAN. 

9. SELESAI MENGALIH, MEMBUANG BEBERAPA PERLATAN YANG TIDAK PERLU DISIMPAN LAGI. PADA MASA INI, BILIK BELUM DI CAT DAN KAUNSELOR SEDANG BERKIRA-KIRA UNTUK MEMBERI SENTUHAN WARNA BARU. 

10. BILIK KELOMPOK YANG TIDAK HIDUP WALAUPUN SUDAH DIUBAH KEDUDUKAN DARI BILIK KEDUA KE BILIK SATU. MASIH BANYAK YANG TIDAK KENA. 

11. KAUNSELOR MENGAMBIL LAIH KEDUDUKAN BILIK KELOMPOK PERTAMA KERANA RUANGNYA LEBIH BESAR DAN SESUAI UNTUK DIJADIKAN RUANG UNTUK SESI BERSEMUKA JUGA. 

SEKIAN. KITA BERTEMU LAGI NANTI YA. 

MAKE OVER KABINET LAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BUKIT CERMIN

 

1. RUPA ASAL KABINET LAMA BILIK KAUNSELING. SUDAH 23 TAHUN SEJAK SEKOLAH DIBINA. SIS KAUNSELOR MEMANG TAK BOLEH LA KALAU DENGAN RUPA MACAM NI. TENGOK AJE PUN DAH RASA STRESS. :)

2. RUPA KABINET SELEPAS DIBERIKAN SENTUHAN NAFAS BARU, EN. DIN PEKERJA SEKOLAH YANG MENGECAT DENGAN PENUH HATI-HATI. GUNA CAT MINYAK YANG BERKUALITI. WARNANYA CUKUP KONTEMPORARI DAN INDAH DIPANDANG MATA. 

3. SEJUK HATI PANDANG WARNA INI. 

4. KEGUNAAN KABINET INI SELEPAS SIAP DI CAT, DILABEL DAN DISUSUN ATUR DENGAN PELBAGAI JENIS PERLATAN. BESAR BILIK, BANYAKLAH PERLATAN YANG PERLU DISIMPAN, DISUSUN DAN DI ATUR. 

SEKIAN, CELOTEH CIKGU AL KESAYANGAN RAMAI. 

SETAHUN BERLALU DI SMK BUKIT CERMIN


1. KAUNTER PENDAFTARAN MURID DAN PELAWAT - ASALNYA TIADA

2. RAK BAHAN BACAAN DAN MAKLUMAT KERJAYA

3. RUANG TAMU DISATUKAN MENJADI RUANG TAMU YANG LEBIH BESAR, TERAPUTIK DAN KONDUSIF. 

4. PILIHAN WARNA HIJAU SOFA KAYU DISESUAIKAN DENGAN WARNA SOFA SEDIA ADA SERTA WARNA LANTAI SEDIA ADA. 

5. KABINAT WARNA ASAL DIBERIKAN SENTUHAN NAFAS BARU DENGAN WARNA KONTEMPORARI. 

6. KABINET DIMANFAATKAN SEPENUHNYA, BAIK PADA PENYUSUNAN BAHAN DALAM KABINET MAHUPUN PERALATAN SEMASA YANG DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI EVENT DI SEKOLAH. 


7. RUANG PANTRI DIADAKAN DENGAN INISIATIF UNTUK KESELESAAN GURU KAUNSELING, MURID-MURID YANG TERLIBAT MEMBANTU GURU TERMASUKLAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SERTA GANJARAN KEPADA MURID YANG TERLIBAT DALAM SUATU EVENT DI SEKOLAH. 

8. OUTREACH KAUNSELOR ATAU OUTREACH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI LETAKKAN DI BEBERAPA SUDUT DI DALAM BILIK KAUNSELING, LUAR BILIK DAN JUGA KELAS-KELAS. 

9. SUATU SET PERSONEL COMPUTER DISEDIAKAN OLEH GURU KAUNSELING UNTUK MURID GUNAKAN JIKA SEKIRANYA PERLU DI SAMPING PENGGUNAAN PENGISIAN PELBAGAI MAKLUMAT SECARA ATAS TALIAN. 

10. SUATU SET MEJA YANG MENGANDUNGI 12 KERUSI BANQUET UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN DI BILIK KAUNSELING TERMASUKLAH PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK,  PENTAKSIRAN UJIAN MINDA SIHAT, MESYUARAT KAUNSELOR DENGAN PRS SERTA LAIN-LAIN KEGUNAAN. 

11. KOMBINASI WARNA PILIHAN HIJAU MENGHIASI RUANG TAMU BILIK KAUNSELING.

12. KERUSI BANQUET UNTUK SESI KAUNSELING KELOMPOK DISEDIAKAN. 

13. SELAIN UNTUK KEGUNAAN SESI KAUNSELING KELOMPOK, BILIK KELOMPOK JUGA DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI AKTIVITI. 

14. SUDUT PANDANG DALAM PEJABAT KAUNSELOR. SET SOFA ADALAH BERTUJUAN UNTUK SESI BERSEMUKA KAUNSELOR KLIEN SERTA UNTUK SESI KONSULTASI. 

15. SUDUT PANDANG PEJABAT KAUNSELOR DARI ARAH PINTU YANG DILENGKAPI DENGAN FAIL PENGURUSAN KAUNSELING. 

16. SEKILAS PANDANG RUANGAN KERJA KAUNSELOR. 

SELAMAT MENJAMU MATA YA. SERBA SEDIKIT DARI KAUNSELOR SMK BUKIT CERMIN SELAMA SETAHUN DI SMK BUKIT CERMIN. 




ASSALAMUALAIKUM SMK BUKIT CERMIN

ASSALAMUALAIKUM.

SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA. 

Dimaklumkan bahawa saya, Kaunselor telah pun bertukar dari SMK Kerdau ke SMK Bukit Cermin bermula 18 Mac 2023 sehingga kini. Saya telah berkhidmat di SMK Kerdau bermuyla 16 Ogos 2012 sehingga 18 Mac 2023 sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.  


Gambar bilik kaunseling selepas renovasi besar-besaran oleh Kaunselor dan PRS.