KAUNSELOR MERUPAKAN SEORANG PENDIDIK PENDIDIK PERLU BELAJAR DAN KHATAM FARDHU AIN SUPAYA MUDAH UNTUK MEMANDU MURID DALAM PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH. TANPA ILMU FARDHU AIN PASTI BOLEH TERSALAH ARAH DALAM MEMBIMBING.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang BAIK itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Wednesday, October 20, 2010

PENAWAR SEGALA MASALAH?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kembali kepada Allah adalah jalan penyelesaian segala jua masalah yang kita hadapi. Jarang sekali kita berfikir dan merenung semula masalah yang kita hadapi kepada Allah Taala. Walhal, setiap perjalanan hidup kita Allah lah yang aturkan. Mungkin kerana terlupa....atau mungkin jahil atau tidak tahu. Adakalanya, kita hanya ingat kepada Allah masa kita sedang di saat-saat sukar. Tapi, bagaimana pula di saat senang? Selalukah kita ingat kepada-Nya? Selalukah kita mensyukuri nikmat yang diberi? Ish...ish...renungkanlah bersama.

Ingatlah, walau apa jua masalah yang kita hadapi,situasi mana sekalipun kita berada, maka, ingatlah kepada Allah selalu. Jadikanlah Allah sebagai matlamat kepada setiap pekerjaan kita. Semoga kita akan selalu ingat dan bersyukur kepada-Nya. Walllahua'lam. Sekian.

No comments:

Post a Comment