Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Friday, December 9, 2011

Bersabarlah... Selepas kesulitan ada kemudahan.

         Ketika sedang leka memikirkan idea untuk menulis sesuatu hari ini, penulis memandang ke arah jendela di tepi bilik. Ada sepohon pokok mangga yang terbuai-buai ditiup angin. Tika saat ini, penulis merasakan betapa saratnya fikiran. Berbagai-bagai hal muncul dan menjelma di minda..
Inilah hidup.... getus penulis dalam hati. 

             Walaupun terasa berat, tetapi, batin tetap tidak lupa untuk meminta kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sunnguh, Dia Maha Mendengar setiap perkara walaupun tersembunyi dalam hati. 
Dan Allah ada menyebut di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286 ; Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.... 

             Itulah yang selalu menjadi azimat tatkala jiwa merasa berat dan terluka. Adakalanya, jiwa merasa sempit tatkala diuji sedemikian rupa. Adakalanya, air mata menitis di pipi, membasahi bantal. Tika ditimpa musibah, sahabat hanya mampu ucap kesabaran... ya betul! Sabarlah... Redhalah... Tetapi, diri yang menanggung Allah jua yang mengetahui. Tetapi benar, sebagai hamba Allah, redhalah, dan sabarlah dengan ujian yang diberi. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza untuknya. Allah telah tuliskan untuknya sejak awal lagi. 

                Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

           Jika merasa berat ujian yang dilalui, fikirlah ramai lagi yang sedang menanggung ujian dan penderitaan yang lebih berat. Bahkan! Orang-orang sebelum kita mengalami ujian-ujian yang jauh lebih berat dari kita sendiri. Lihat sahaja bagaimana Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu menjalani ujian yang Allah berikan untuk mereka. Bukan mudah dan bukan senang. Lihat sahaja betapa hebat ujian yang dialami Rasul-Rasul ulul azmi dalam menengakkan kebenaran dan menyampaikan perintah Allah kepada kaumnya. Masya Alllah.

            Lihat pula kini, umat Islam di seluruh dunia yang diuji dengan berbagai ujian terutamanya, mereka yang dicengkam oleh kaum-kaum yang kafir seperti di Palestin, Rusia dan di negara-negara Eropah lainnya. Lihat pula umat manusia yang diuji dengan musibah bencana alam seperti banjir, ribut taufan yang mengganas, gempa bumi yang dasyat yang meragut banyak nyawa dan berlakunya kehilangan. Dan jangan pula kita lupa insan-insan yang hidup bersama penderitaan kerana kebuluran dan kemiskinan, muka bumi tidak subur, hidup di keliling jenayah dan bermacam-macam lagi.

ALLAH berfirman bermaksud:"..Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut , rasa lapar, kekurangan harta, kekekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg sabar..". [Al-Baqarah: 155]
          
           Oleh kerana itu, sebaiknya kita membuka minda kita, lapangkan dada kita dan renunglah ke dada langit melihat kekuasaan Allah S.W.T. Betapa besarnya kekuasaanNya. Percayalah, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukankah Allah telah berfirman bahawa ; Selepas kesulitan pasti ada kemudahan (Al-Insyirah Ayat 6).

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 

(Al-Baqarah : 156)

Yakinlah dengan janji Allah.
Bersabarlah di atas dugaan yang diberi.
Redhalah kerana sesungguhnya setiap perkara ada hikmahnya.
Itulah yang penulis sedang merenung dan memuhasabah diri sendiri. 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment