Kisah ini sungguh menyayat hati, menyentuh kalbu. Betapa
seorang anak soleh yang taat pada Allah dan RasulNYA, anak yang taat dan patuh
pada kedua ibu bapanya, Allah naikkan maqamnya ke tempat tertinggi di sisiNYA.
Marilah kita sama-sama hayati dan renungi dan perbaiki diri kita ke arah yang
lebih baik lagi. Semoga kita termasuk dalam golongan yang Allah pilih untuk
berada di sisiNYA.
Ayuh kita telusuri kisah ini.
Ayuh kita telusuri kisah ini.
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T
Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di
atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan
Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada
pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah
orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam
perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Bacalah lagi....
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan
duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan
sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi
betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut
melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh
keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak
lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan
yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap
hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu
kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."
Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu
adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai
anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti
kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa
mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah
masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa,
inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya
yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan
rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak
soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada
di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua
ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan
syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah
dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik
di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan
kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa
kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di
akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang
ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya
supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan
syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
Diperolehi dari : Mohd Razali.
No comments:
Post a Comment