Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Monday, July 29, 2013

Tips Menduduki Peperiksaan

Salamualaikum...
Kepada semua anak didik. Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR. Walaupun percubaan, tetapi sangat penting. Boleh jadi, inilah penanda aras kepada keputusan peperiksaan sebenar nanti. Pelajar SPM pula selamat menduduki ujian JUJ. Jangan ingat nak raya saja. Perjuangan menuntut ilmu sangat penting.

Tips Menduduki Peperiksaan


  • Bacalah Al-Quran 
  • Berdoalah dan bermunajat kepada Allah. 
  • Minta restu dan doa dari ibu bapa.
  • persiapkan semua peralatan yang akan digunakan dalam peperiksaan.
  • tidurlah awal. Usah menonton tv sehingga larut malam.
  • Kunci jam untuk bangun awal.
  • Solat Hajat sebelum masuknya waktu subuh. Dan jangan lupa solat Fardhu Subuh.
  • Maafkan segala kesalahan orang lain dan berbaik sangka.
  • Ambil sarapan pagi secukupnya.
  • Cium tangan ibu bapa.
  • Datang awal ke sekolah.
  • Tenaangkan diri.
  • Jangan berbincang soalan atau topik peperiksaan.
  • buang air kecil atau besar.
  • Tarik nafas panjang dan hembus perlahan.
  • periksa peralatan.
  • Masuk ke dewan dengan kaki kanan dan bertakbir untuk diri sendiri.
  • Duduk dengan tenang dan baca Bismillah.
  • Baca doa.
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti.
  • Mula menjawab dengan tenang dan pilih soalan yang senang dahulu. 
  • Buat rangka jawapan sekairanya perlu.
  • Bahagi masa menjawab dengan baik.
  • Jika lupa, baca Istighfar dan selawat.
  • Tarik nafas panjang.
  •  Apabila selesai, semak kembali jawapan. 
  • Setelah yakin, serahkan kertas jawapan kepada pengawas dan bertawakal kepada Allah.
  • Keluar dewan, usah berbincang jawapan tadi. Ditakuti akan membawa kepada stress.
  • Bersedia untuk peperiksaan yang seterusnya. 
Sekian, Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment