Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Wednesday, June 1, 2011

DOA ; HINDARI MALAS

Zaid bin Arqam r.a. memberitakan Rasulullah SAW selalu memohon:
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan engkau daripada sifat lemah dan malas, daripada sifat penakut dan bakhil, daripada sifat uzur sebab sangat tua dan daripada seksaan kubur."

"Wahai Allah, kurniakanlah ketakwaan kepada jiwa saya dan bersihkanlah dia, kerana Engkaulah sebaik-baik orang yang dapat membersihkannya. Engkau adalah Penjaga dan Tuannya."


"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, perlindungan daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa kenyang dan perlindungan daripada doa yang tidak diperkenankan."
(Riwayat Imam Muslim)

MOTIVASI BUAT YANG BERGELAR WANITA :10 wasiat Rasulullah kepada PUTERInya


  1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan derajat wanita itu.
  2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikana dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah
  3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu org yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang
  4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
  1. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah
  2. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
  3. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
  4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  5. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wannita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
  6. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

"perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai sholat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami." (HR.Ibnu Hibbab dari Abu Hurairah)

sumber : milist ek2003

Tuesday, May 31, 2011

Belajar dari kesakitan...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapa ?

Manusia tidak lepas dari melakukan dosa dan kesilapan....sedar atau tidak...

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Dengan sakit, adakalanya, barulah kita mula mendekatkan diri dengan-Nya. Dengan sakit membuatkan kita berasa insaf akan ketidaksempurnaan diri. Sakit juga membuatkan kita rasa sangat keseorangan melainkan keseorangan itu digantikan dengan Cinta kepada Allah. Hanya kerana Allah sahaja  yang Maha Mengetahui sakit dan menderitanya kita.  Orang lain tidak tahu walaupun kita nyatakan kita sakit, mereka tidak akan dapat merasainya melainkan hanya mengucapkan kata-kata simpati dan salam takziah. Ya! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Jadi, janganlah berasa tidak redha dengan kurniaan dari Nya. Wallahua'lam.

Wednesday, November 10, 2010

INDAHNYA HIDUP DI KAMPUS...


Salam petang buat anak didik di luar sana. Hari ini, cikgu cuma ingin memesan kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM agar mengemukakan permohonan ke IPTA dan ILK. Ketepikan alasan-alasan lain yang tidak penting kerana keputusan untuk ke IPT adalah sangat penting demi masa depan adik-adik sekalian.

Perlu cikgu ingatkan bahawa, belajar di IPT tidaklah sesukar semasa kita belajar di sekolah. Terutamanya kepada adik-adik putera yang sering mengelat untuk melangkah masuk ke IPT dan memilih untuk lepak di rumah, bekerja dan sebagainya. Jika adik sedari bahawa kebanyakan dari kalangan adik-adik putera sememangnya tidak gemar belajar semasa di sekolah, tidak suka duduk dan mendengar pengajaran cikgu yang panjang lebar, itu tandanya, potensi adik-adik ada di tempat lain. Selalunya, adik-adik lebih berminat dan cenderung untuk belajar secara hands-on atau secara praktikal, bukan secara teori.

Cikgu teringat kepada anak-anak saudara cikgu di luar sana yang sedang belajar di IPT tetapi mengambil jurusan yang berbentuk kemahiran, nampaknya mereka jauh lebih cemerlang berbanding pelajar yang lain. PNGK atau pointer mereka pada setiap semester melebihi jangkaan cikgu. Seorang Si A, berjaya memperoleh pointer 3.65 dalam kejuruteraan elektrik. Manakala, seorang Si B seorang gadis memperoleh 3.75 semester lepas. Walhal, semasa di sekolah dulu, keputusan peperiksaan mereka bukanlah bagus sangat. Matematik dan B. Inggeris orang kata tak usah cerita lah. Memang teruk. Gagal sudah tentu. Tetapi, dek kerana minat mereka kepada pembelajaran secara hands-on itulah yang berjaya mengembangkan bakat dan potensi mereka. Sesungguhnya, untuk pengetahuan adik-adik, markah yang diperolehi bukanlah 100% daripada peperiksaan. Adakalanya, markah yang melibatkan kerja-kerja tangan adalah sebanyak 60% bergantung kepada kursus-kursus tersebut. Manakala, 40% lagi mungkin melibatkan peperiksaan, kehadiran, komitmen dan sebagainya. Itulah di antara pengalaman cikgu juga semasa cikgu berada di UPSI suatu ketika dahulu.

Oleh kerana, kaedah pembelajaran yang sedemikianlah, kebanyakan kita dapat memperoleh kecemerlangan tanpa kita sangka. Hasil dari bakat dan kreativiti kita, adakalanya membuatkan kita sendiri yang akan terlopong melihat keputusan yang tidak kita jangka sama sekali.

Oleh itu, peluang melanjutkan pelajaran ke IPT adalah sangat penting dalam hidup kita. Dengan melanjutkan pelajaran akan menjadikan pengalaman kita lebih luas kerana kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia, persekitaran kehidupan kampus dan masyarakat yang berbeza sama sekali dengan persekitaran yang kita alami selama ini. Secara tidak langsung, akan meluaskan daya pemikiran dan pandangan kita terhadap kehidupan orang lain. Tidaklah kita menjadi orang yang ketinggalan zaman mahupun katak di bawah tempurung. Sedar atau tidak, itulah pakej yang kita perolehi jika sanggup melangkahkan kaki dengan nekad ke IPT demi untuk menimba ilmu.

Lihatlah, betapa pendidikan amat penting pada masa kini kerana dengan adanya ilmu Allah akan mengangkat kita ke beberapa darjat. jadi, janganlah diimpikan untuk berehat-rehat dan membuang masa dengan beranggapan bahawa, tugas adik-adik sebagai seorang telah pun selesai. Perjalanan masih jauh dik! Penuhilah dan isikanlah dengan jalan-jalan yang indah bukan jalan yang penuh dengan noda seperti merempit, lepak-lepak, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Percayalah adik-adik, belajar di IPT sangat indah jika adik menyelusuri dengan bijaksana. Pasti adik-adik akan sentiasa kenanginya sebagainya mana telah kami lalui. Seronoknya terasa seolah ingin kembali semula ke kampus dan menjalani hidup sebagai seorang siswa.


Pasti! buatlah pilihan yang tepat dengan membuat permohonan masuk ke IPT dan ILK. InsyaAllah, rezeki Allah itu ada. Maka, berusahalah!

Wednesday, October 27, 2010

Motivasi : Senyum Penawar Duka


Salamualaikum...



Bicara seuntai kata untuk hari ini, senyum.

Dan tersenyumlah kamu kerana senyuman itu penawar duka, melerai kekusutan, penyejuk hati, dan menjadikan kita sebagai seorang penyabar.

Tatkala tersenyum, otot-otot di sekitar wajah akan bergerak dan akan menjadikan kita awek muda.

Tersenyum juga boleh menjadikan seseorang lebih positif dan tenang. Kuasa senyuman amat kuat untuk menjadikan persekitaran kita ceria dan bahagia.

Tatkala kita tersenyum, orang di sekeliling kita turut merasa bahagia. Mereka turut gembira sebenarnya. Cuba bayangkan jika bermasam muka atau pun muka dipenuhi dengan kerutan! Cuba bandingkan, yang mana satukah yang lebih indah,

yang sedang tersenyum atau yang sedang masam mencuka?

Yang sedang tersenyum atau yang mukanya menjeling masam?

yang sedang tersenyum atau yang menangis kesedihan?

Yang sedang tersenyum ataupun wajah yang tidak berperasaan?

Yang sedang tersenyum atau yang sedang membentak kemarahan? :)

Tersenyum juga tidak perlukan modal wang mahupun harta benda yang berbentuk material tetapi cuma sekadar sebentuk bibir yang mengukir senyuman dengan penuh ikhlas. Itulah sedekah yang membuatkan kita ataupun orang lain rasa tidak terhutang budi.

Paling penting untuk kita tahu bahawa senyum atau senyuman itu merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Kaya kepada hamba-Nya. Oleh itu, syukurilah nikmat senyuman yang Dia kurniakan kepada kita dan hargailah saat kita seharian dengan senyuman manis lagi ikhlas! :)



Wallahua'lam.

Wednesday, October 20, 2010

PENAWAR SEGALA MASALAH?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kembali kepada Allah adalah jalan penyelesaian segala jua masalah yang kita hadapi. Jarang sekali kita berfikir dan merenung semula masalah yang kita hadapi kepada Allah Taala. Walhal, setiap perjalanan hidup kita Allah lah yang aturkan. Mungkin kerana terlupa....atau mungkin jahil atau tidak tahu. Adakalanya, kita hanya ingat kepada Allah masa kita sedang di saat-saat sukar. Tapi, bagaimana pula di saat senang? Selalukah kita ingat kepada-Nya? Selalukah kita mensyukuri nikmat yang diberi? Ish...ish...renungkanlah bersama.

Ingatlah, walau apa jua masalah yang kita hadapi,situasi mana sekalipun kita berada, maka, ingatlah kepada Allah selalu. Jadikanlah Allah sebagai matlamat kepada setiap pekerjaan kita. Semoga kita akan selalu ingat dan bersyukur kepada-Nya. Walllahua'lam. Sekian.

Tuesday, October 12, 2010

Ya Allah...Atas NamaMu Aku Merintih.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman bahawasanya ;


Allah tidak akan membebani seseorang dengan sesuatu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya, dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Ingatlah...tatkala kita merasa getir menerima ujian dari-NYA, maka perlu kita ingatkan diri kita bahawa apa yang diuji oleh Allah itu adalah bersamaan dengan kemampuan kita. Jika kita merasa berat dan tidak tertanggung, merintih dan mengadulah kepadaNya. Kerna...Allah amat menyukai hambaNya yang selalu ingat dan berdoa kepadaNya walau dalam keadaan apa sekali pun. Baik senang mahupun susah. Walau terlanjur berbuat dosa, usah merasa gelapnya dunia kerana Allah itu Maha Pengampun. Dialah Ya Ghafur. Dialah Ya Afuw, Yang Maha Pemaaf dan Ya Tauwab, Yang Maha Menerima Taubat.
Wallahua'lam.

Monday, October 11, 2010

SELAMAT BERJUANG ADIK-ADIKKU...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salamualaikum semua terutama sekali yang sedang bertungkus lumus menghadapi peperiksaan PMR. Selamat Berjuang dengan penuh ketekunan dan kesabaran. Mudaha-mudahan adik-adik semua berjaya menepuh dugaan peperiksaan yang sedang berlangsung sekrang ini. Selepas ini, bolehlah adik-adik semua merehatkan minda dengan aktiviti yang berfaedah. Perlu adik-adik ingat bahawa, berakhirnya peperiksaan PMR bukanlah beerti berakhir segala-galanya bagi adik-adik.
Tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini tidak pernah habis. Oleh itu, kewajipan kita sebagai seorang hamba perlu ditunaikan. Solat 5 waktu perlu dijaga walaupun adik-adik pergi bermain. Hormat pada ibu bapa tetap selalu, begitu juga guru. Hadir ke sekolah dan ikuti program-program yang disediakan untuk adik-adik yer... Manfaatkan masa yang ada kerana dalam hidup seorang hamba Allah, tidak ada istilah berhenti, habis, rehat kerana semua itu hanya untuk dipenghujung kehidupan seorang manusia di negeri akhirat nanti. Oleh itu, berusahalah selalu dalam setiap perkara yang kita lalukan dengan sebaik-baiknya kerana amal kita walau seberat zarah akan tetap dikira.
Wallahua'lam.

Tuesday, September 21, 2010

SELAMAT HARI RAYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salamualaikum...

Selamat Hari Raya buat semua sahabat handai mahupun pelawat di luar sana. Mudah-mudahan puasa kita yang lalu mendapat keberkatan dan berharap agar tahun depan kita dapat bersama lagi di bulan Ramadhan yang berikut. Hari Raya adalah hari kemenangan buat semua umat Islam yang berjaya mentarbiah diri semasa berpuasa. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya.

Dihari RAYA ini, janganlah kita membuat dosa. Maafkanlah segala kesilapan semua orang yang pernah buat salah. Mudah-mudahan, mereka juga memaafkan kesalahan kita. Wallahu a'lam.

Thursday, August 12, 2010

SANTAI-SANTAI DI LATA JARUM, RAUB




SALAMUALAIKUM...


Salam pertemuan buat buat sekian lama tidak bertemu kepada semua pelawat. Harapnya dapat dimaafi. Kesibukan menjalankan tugas telah menghalang saya untuk menulis blog. Hanya sekali dan sekala sahaja barulah dapat bertemu semula.


Gambar ini merupakan gambar terbaru saya semasa mengadakan Program Eksplorasi Kecemerlangan PMR & SPM 2010 di SM Sains Tengku Abdullah Raub. Oleh itu, kesempatan ini, saya ambil untuk ke Lata Jarum untuk menikmati keindahan alam semesta. Memang sangat bersih tempatnya. Hanya lebih kurang 30 km sahaja daripada bandar Raub. Tetapi, jalan agak sempit dan perlu berhati-hati. Oleh itu, jemputlah bermandi manda di Lata Jarum. Jika tidak salah saya, terdapat 4 tempat menarik di Raub yang boleh dikunjungi semasa anda berada di sana. Antara yang saya ingati adalah Lata Jarum, Lata Berembun dan Jeram Besu.