Bismillah…Salam ukhwah buat semua pembaca dan pelawat di luar sana.
Bertemu lagi kita di artikel kali ini. Maaf kerana membuatkan sesetengah daripada anda ternanti-nanti sambungan artikel yang telah saya tulis dahulu mengenai punca kebiadaban dan sikap kurang ajar pelajar sekolah pada hari ini. Terlalu banyak ingin saya luahkan di sini. Mungkin kerana pengalaman yang telah dilalui. Bukan sahaja sebagai seorang pelajar, bahkan sebagai seorang guru. Mungkin, pengalaman saya sebagai seorang guru itu tidak banyak untuk saya kongsikan, tetapi pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang membesar di era tahun 90-an itu banyak sekali yang boleh saya kongsikan. Sesungguhnya, pengalaman yang dilalui tidak dapat dibeli mahupun diganti dengan apa jua material. Pengalaman jugalah yang mematangkan fikiran seseorang.
Berbalik semula kepada perbincangan kita. Apa yang saya kongsikan ini adalah secara umumnya sahaja. Sikap para pelajar pada masa kini memang jauh berbeza berbanding dengan pelajar pada masa zaman remaja saya suatu ketika dahulu. Apatah lagi, sewaktu zaman orang tua kita dahulu. Jika dahulu, sikap para pelajar cukup dijaga. Ini bermula daripada didikan kedua orang tua pada ketika itu yang amat menitikberatkan adab sopan dan budi bahasa. Hendak bercakap pun perlu berlapik dan penuh dengan sopan santun. Apatah lagi dalam menunjukkan tingkah laku kepada orang lain. Betapa suatu masa dahulu, rakyat kita, masyarakat yang amat lemah lembut tetapi tegas. Berbeza dengan masa kini, para pelajar atau lebih kita kenali kini sebagai seorang remaja, sikapnya sering kali kurang ajar, tidak menghormati orang lain, bertingkah laku kasar baik lelaki mahupun perempuan. Ternyata, setelah zaman beredar dengan arus kemodenan ini, nilai-nilai murni dan adab sopan semakin dilupakan.
Nilai murni sebahagian dari nilai-nilai agama
Walhal, nilai-nilai murni itu ternyata sekali tidak dapat dipisahkan dengan mana-mana agama sekalipun walau agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Jelas sekali, semua agama menyarankan agar kita mengamalkan nilai-nilai murni pada setiap masa dan sudah tentu pula melarang nilai-nilai yang tidak baik dan merosakkan. Ini jelas menunjukkan bahawa sesebuah agama, terutama sekali agama Islam sangat menganjurkan umatnya agar berkelakuan atau berakhlak baik dalam apa jua perkara yang dilakukan dalam kehidupan. Dalam konteks kehidupan seorang pelajar, tentu sekali, soal akhlak amat dititikberatkan terutama sekali semasa berhadapan dengan ibu bapa dan juga guru. Tingkah laku dan akhlak yang ditonjolkan dengan orang paling pelu dihormati seperti ibu bapa dan guru akan menentukan sikap dan akhlak pelajar terbabit dalam menjalani kehidupan masing-masing dengan orang lain pula seperti orang yang lebih tua, orang yang tidak dikenali, orang yang tidak berdaya, rakan-rakan, saudara mara, bangsa dan agama lain. Dapat dikaitkan di sini bahawa, jika pengamalan nilai-nilai agama dalam kehiupan seharian adalah baik, maka akhlah dan tingkah laku yang ditonjolkan juga akan ikut baik. Dengan kata lain, tingkah laku luaran itu adalah hasil daripada dalaman seseorang pelajar itu. Dalaman atau jiwa yang baik itu datangnya daripada keluarga yang baik dan bahagia yang mana penghuninya sudah tentu mengamalkan gaya hidup yang langsung tidak terpisah daripada agamanya sama sekali.
Sebagai contoh, akhlak terpuji pelajar bernama Ali lahir dari keluarganya yang sakinah. Ibunya Fatimah seorang suri rumah, manakala ayahnya Yusuf. Keduanya merupakan insan yang sering mendekatkan diri kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan yang dilalui. Oleh itu, lahirkan Si Ali berserta adik-adiknya si Aminah, Si Khadijah, Si Muhamad dan Si Adam yang juga tidak lalai dan tidak leka dalam mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Oleh kerana ibu mereka Si Fatimah dan Si Yusuf, ayah mereka juga berakhlak mulia dan mempunyai budi pekerti yang tinggi, anak-anak mereka juga di asuh dengan akhlak yang terpuji yang mana akhlaknya adalah akhlak Al-Quran. Begitu juga sebaliknya. Jika Si Halimah dan Si Roslan selaku ibu bapa, sering kali alpa dan lalai dari mengingati Allah, maka lahirlah dari mereka Si Abu dan Si Masitah yang tidak mendekatkan dirinya pada Allah. Bahkan, zuriat yang mereka lahirkan dan dididik dengan didikan mereka itu akan lebih teruk lagi akhlak mereka pada kebiasaannya. Hal ini demikian kerana, apa sahaja perlakuan, tingkah laku dan akhlak yang ditonjolkan oleh sang ibu dan sang bapa akan dicontohi oleh sang anak kecil yang hidup bersama dalam suatu persekitaran rumah mereka. Sikap, budaya, cara dan gaya hidup akan dipelajari dan disemat erat-erat dalam kotak fikiran anak-anak mereka sehingga mereka besar dan hidup pula dipersekitaran yang lain seperti bersama rakan-rakan dan menyesuaikan diri pula dengan persekitaran sekolah.
Kesalahan yang dilihat Sebagai Bukan kesalahan
Oleh itu, dapatlah kita lihat pada hari ini, ragam pelajar yang bermacam-macam karenah mereka dengan seribu satu masalahnya. Para pelajar yang kurang mendapat didikan agama seperti yang dicontohkan sebentar tadi, sudah tentu dapat diagak tingkah laku mereka di sekolah. Kenakalan, kededilan mereka dan ditambah pula dengan sikap kurang ajar mereka itu telah cukup untuk memeningkan kepala para pendidik di sekolah. Hendak ditegur salah, tidak ditegur pun salah. Apatah lagi bila para pelajar ini didenda. Semua yang dilakukan oleh guru menjadi suatu kesalahan di mata pelajar dan juga ibu bapa pelajar terbabit. Mana kan tidaknya, jika sudah diasuh dan disemat di fikiran mereka, perbuatan yang mereka lakukan itu adalah tidak salah, sudah tentulah, mereka tidak merasakan perbuatan mereka itu sebagai suatu kesalahan. Bahkan lebih teruk lagi jika, mereka mula mengalami kekeliruan antara didikan ibu bapa dengan didikan guru di sekolah. Jika didikan guru di sekolah dikatakan salah, bagaimana pula? Sebagai contoh, Ayah Si Abu tidak menunaikan solat 5 waktu, malah tidak juga mengajar dan menyuruh anaknya Si Abu bersolat. Apabila di sekolah, Si Abu mula menjadi keliru apabila disuruh bersolat kerana wajib melaksanakannya. Si Abu dirotan atau didenda kerana tidak menunaikan solat dan mula memberontak kerana merasakan tidak patut dirotan dan didenda. Secara tidak langsung, lahirlah seorang pelajar yang bersikap kurang ajar terhadap gurunya. Lebih malang lagi, situasi yang berlaku ketika ini, anak yang didenda atau dihukum gemar mengadu kepada ibu bapa. Ekoran itu, ibu bapa datang ke sekolah dengan penuh emosi dan memarahi pihak sekolah mahupun guru-guru. Jadi, jika sudah begitu, apakah yang patut dilakukan? Perlukan membiarkan si anak yang bergelar pelajar di sekolah terus hanyut dengan hidupnya. Atau para guru perlu terus melawan arus yang datang dengan seribu macam ragama lagi? Atau para guru dan pihak sekolah akan terus dihimpit dengan dilema yang berterusan tanpa penghujung? Sekian...InsyaAllah bersambung lagi...

No comments:
Post a Comment