Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Friday, April 9, 2010

PUNCA KEBIADABAN & SIKAP KURANG AJAR PELAJAR

Guru umpama dian yang membakar diri demi menyinari orang lain. Menabur bakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah kepadanya buat anak bangsa yang tercinta. Sudah adat jika seorang guru memarahi anak murid atau pelajarnya demi untuk membetuli sikap mereka, mendidik dan mengajar mereka agar mereka lahir sebagai insan yang berkualiti dan cemerlang dunia dan akhirat. Tetapi, sayangnya, para pelajar atau anak murid pada masa kini bukan lagi seorang pelajar yang taat dan tekun dalam menuntut ilmu seperti suatu ketika dahulu. Jika satu masa dahulu, martabat seorang guru diangkat dan dijulang sebagai seorang yang amat disegani sehingga akhir hayat mereka. Bahkan, gelaran guru, cikgu, ustaz dan ustazah senang sahaja terlekat di bibir orang lain kerana bakti seorang guru yang dicurahkan dihargai dengan sepenuhnya dalam bentuk sokongan padu masyarakat pada ketika itu. Bukan wang ringgit yang diganjarkan kepada mereka pada ketika itu. Bahkan, pada masa kini juga, guru juga masih lagi begitu. Lantaran, kesungguhan seorang guru yang mengajar tulis, baca dan kira kepada anak-anak pelajar, mereka tetap diingati sehingga mereka telah kembali kepada Sang Pencipta. Nama mereka tidak dapat dipisahkan daripada perkataan keramat itu...Cikgu Siti, Cikgu Abu, Arwah Cikgu Mat dan sebagainya. Hebatnya darjat seorang guru sehingga namanya sentiasa meniti di bibir penyebutnya sebagai seorang bekas guru. Para guru juga satu masa dahulu juga dihormati dalam mendidik para pelajar melalui bentuk hukuman yang dijalankan olah para guru terhadap anak-anak mereka. Jika seorang pelajar dihukum kerana melakukan kesalahan, kemudian mengadu pula kepada ibu bapa kerana dirotan atau dicubit, sudah tentulah akan mengundang kemarahan kepada ibu bapa terbabit. Yang menghairankan, kemarahan itu ditujukan kepada anak-anak mereka yang telah dihukum rotan dan sebagainya. Dengan alasan, anak mereka yang salah...atau "kamulah yang salah kerana tidak mendengar kata cikgu..." atau... "Kamu yang buat silap, degil, tidak siap kerja sekolah..." Oleh sebab itu, mereka dipukul atau dirotan dengan lebih kuat. Maka, sikap tersebut telah berjaya membentuk generasi masa kini yang hebat, gah, bermotivasi dan berkepimpinan. Semua itu, kerana didikan yang sangat berkesan hasil daripada kerjasama masyarakat kepada para guru dengan memberikan penghormatan secara tidak langsung. Melalui? Kaedah yang telah disebutkan sebentar tadi....yakni dengan cara memberikan peluang menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru dan ibu bapa juga menjalankan tugas mereka dengan tegas dan adil. Tetapi sebaliknya berlaku pada masa kini....para guru tidak lagi dihormati sebagai seorang guru yang mulia kerana mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak bangsa. Bahkan, sering kali guru yang dipersalahkan apabila terjadinya sesuatu perkara kepada para pelajar di sekolah. Memanglah tidak semua situasi berlaku begitu, tetapi situasi yang berlaku pada masa ini kebanyakannya seolah-olah mempersalahkan guru....baik para pelajar mahupun ibu bapa. Sedihnya, guru tidak lagi di letakkan di tempat yang sepatutnya. Mungkinkah tiada lagi ruang untuk para guru di hati masyarakat kini. Memang zaman sudah berlalu, masa pun beredar... Akan tetapi, tugas seorang guru masih sama, yakni menjadi pendidik kepada generasi. Tugas seorang guru bukan terhenti sebagai seorang pengajar sahaja...tetapi sebagai pendidik yang mendidik akhlak dan pembentuk jiwa. Sudah tentu seorang guru bukan sahaja guru yang tahu mengajar Matematik, Sejarah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi di zaman yang mana ibu bapa tiada lagi berkesempatan untuk mendidik anak masing-masing. Hal ini, sudah tentu terjadi kerana pada hari ini kebanyakan ibu bapa bekerja. Walau apa pun, kita berjumpa lagi di penulisan yang seterusnya....kerana kekangan masa yang amat terhad....InsyaAllah, saya akan sambung lagi perbincangan kita di lain masa.

No comments:

Post a Comment