Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Wednesday, February 10, 2016

CONTOH JAWATANKUASA MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1

Assalamaualaikum.
Di bawah ini saya sertakan jawatankuasa minggu orientasi. Dibawah adalah beberapa cadangan taklimat atau aktiviti yang boleh dijalankan. Sungguhpun minggu orientasi kita banyak memberikan kepada pelajar maklumat atau informasi mengenai sekolah dan persediaan mereka untuk mengikuti kurikulum dan kokurikulum, namun bagi saya, aspek pembinaan diri dan karekter pelajar juga harus dititik beratkan. Setiap ruangan kaunselor saya banyak isikan aktiviti dengan program yang berbentuk pencegahan termasuklah pendidikan mengenai buli, pendidikan perkembangan remaja dan pencegahan masalah pergaulan bebas, arsetif diri dan sebagainya. Dengan pendedahan dan taklimat awal diharap akan dapat mencegah pelajar daripada terlibat dengan masalah sosial sekalipun tiada jaminan yang mereka tidak akan melakukannya.

 Boleh copy paste. Tiada masalah. 

JAWATANKUASA MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 2016
SMK ATAS KAYANGAN (NAMA REKAAN SAHAJA) J

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PENGERUSI                       : PN. A ( PENGETUA)
TIMB.  PENGERUSI             : PN. B (GPK PENTADBIRAN)
                                        : EN. C (GPK HEM)
                                        : EN. D (GPK KOKO)
PENYELARAS PROGRAM      : PN. E (KAUNSELOR)
JAWATANKUASA :

  • TAKLIMAT UMUM               : PN. A (PENGETUA)
  • TAKLIMAT HEM                : EN. C (GPK HEM)
  • TAKLIMAT KURIKULUM        : PN. B (GPK PENTADBIRAN)
  • TAKLIMAT KOKURIKULUM : EN. D (GPK KOKU)
  • TAKLIMAT KAUNSELING      : PN. E (KAUNSELOR)
  • TAKLIMAT BIASISWA          : PN. F
  • TAKLIMAT DISIPLIN            : EN. G
  • TAKLIMAT PUSAT SUMBER   : PN. H
  • TAKLIMAT KOPERASI         : PN. I
  • TAKLIMAT BINA INSAN      : UST. J
  • TAKLIMAT KEPERIBADIAN DIRI : UST. K
  • TAKLIMAT MAKMAL SAINS  : EN. L
  • AGIHAN BUKU TEKS           : PN. M
  • PRAKTIS LAGU SEKOLAH     : PN. N
  • PRAKTIS ASMA UL HUSNA   : UST. O
  • KAWALAN DISIPLIN           : EN. G
  • SIARAYA                           : EN. P
  • JURUFOTO                        : PN. Q
  • LDK                                 : PN. E (KAUNSELOR)

Disediakan oleh :


.............................................
(KAUNSELOR)

Disahkan oleh :


.............................................
(PENGETUA)

No comments:

Post a Comment