Baru-baru ini telah dijalankan dua siri Seminar Asas Pengawas untuk memberikan latihan dan kefahaman terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas di sekolah. Di bawah adalah seminar asas fasa 1 yang dijalankan oleh penulis dan rakan penulis dengan inisiatif untuk melatih sendiri pengawas di samping mengelakkan perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula, tugas-tugas kaunselor di sekolah termasuklah melaksanakan program perkembangan kepada para pelajar.
Para pelajar sekalian...ingat lagi tak Tepuk-Tepuk Sayang?
Tepuk-Tepuk Sayang
Pew...Pew...
Cha...Cha
Pew...Pew...
Cha...Cha...
Mama Miaz
Papaya
Mama Miaz
Papaya...
Prrrr.....
(Kredit to Kak Fayie)
Slot Pertama Seminar Asas Pengawas Sekolah, peserta didedahkan oleh Rakan Kaunselor, En. Jamri mengenai matlamat dan halatuju pengawas di sekolah.
Para peserta didedahkan dengan penetapan matlamat menjadi pengawas di samping penekanan kepada sikap yang harus dimilik oleh seorang pengawas.
Para pengawas diberi tempoh masa 5 minit untuk bergegas ke ruangan lapang di sekolah seterusnya membentuk kumpulan.
Aktiviti Modul : Kes Kemalangan - peserta rancak berbincang untuk mendapatkan hujah.
Aktiviti Menuang air ke dalam botol kosong yang memerlukan kerjasama semua peserta di dalam kumpulan masing-masing.
Falsafah : Kaunselor memproses aktiviti yang dijalankan dan mengaitkan dengan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. Peserta juga diminta membuat refleksi terhadap aktiviti yang baru dijalankan.
No comments:
Post a Comment