"Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah kami lupa dari Al-Quran dan ajarkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuknya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hajat untuk kami. Amin.
"Ya Allah, inilah al-Quran yang tidak pernah bosan untuk didengarkan . Menjaga diri dari perkara yang tidak baik sama ada perkataan, perbuatan atau niat. Dengan Al-Quran aku mengubat segala penyakit. Cahayanya menjadi petunjuk hatiku di kala meraba kebingungan dan kebodohan. Wahai Tuhanku, gembirakanlah aku dengan rahsia yang ada pada setiap hurufnya. Dan sinarilah hati ku, pendengaranku dan penglihatanku dengannya. Mudahkanlah bagiku untuk menghafal dan mempelajarinya dengan sebab kewibawaan Nabi Muhamad S.A.W, keluarga dan semua sahabatnya.
Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.
Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.
Pages
NUKILAN HATI
Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.
TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR
MENCARI SESUATU???
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts
Wednesday, September 28, 2011
Thursday, June 2, 2011
DOA ; AGAR ALLAH MENEGUHKAN HATI
Dari Syahr bin Hausyab r.a., ia berkata:
"Aku bertanya kepada Ummu Salamah: "Ya Ummul Mukminin, doa apa yang paling sering diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika beliau berada di rumahmu?" Ummu Salamah berkata: "Doa yang paling sering beliau baca adalah, "Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi' ala diinika" (Wahai dzat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu) ".
(HR. At-Tirmidzi)
Wednesday, June 1, 2011
DOA ; HINDARI MALAS
Zaid bin Arqam r.a. memberitakan Rasulullah SAW selalu memohon:
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan engkau daripada sifat lemah dan malas, daripada sifat penakut dan bakhil, daripada sifat uzur sebab sangat tua dan daripada seksaan kubur."
"Wahai Allah, kurniakanlah ketakwaan kepada jiwa saya dan bersihkanlah dia, kerana Engkaulah sebaik-baik orang yang dapat membersihkannya. Engkau adalah Penjaga dan Tuannya."
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, perlindungan daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa kenyang dan perlindungan daripada doa yang tidak diperkenankan."

Subscribe to:
Posts (Atom)