Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Showing posts with label PROGRAM KAUNSELING. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM KAUNSELING. Show all posts

Sunday, February 14, 2016

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

ASSALAMUALAIKUM...

Baru-baru ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kerdau telah melancarkan Program Sekolah Penyayang di peringkat sekolah. Program ini merupakan antara program dasar yang harus diimplementasikan di peringkat sekolah bagi membentuk sikap para pelajar ke arah yang lebih positif terhadap sekolah, guru dan rakan-rakan. Program hanya dijalankan secara sederhana dan tidak melibatkan kewangan yang besar. Apa yang penting adalah peranan yang dimainkan oleh guru-guru. Terima kasih dan tahniah di atas kerjasama yang diberikan. 

Antara perkara yang menarik perhatian adalah apabila guru-guru mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah pada setiap pagi berdasarkan pusingan guru bertugas guru penyayang. Setiap minggu para guru akan bergilir-gilir untuk menyambut kehadiran pelajar di pintu masuk yang mana pentadbir terutamanya Tuan Pengetua selalu menemani untuk keberadaan di pintu masuk. 


Dua orang pelajar yang lahirnya jatuh pada hari pelancaran program dirairkan. 


Aktiviti Gimik Pelancaran Program Sekolah Penyayang dimeriahkan dengan acara pemotongan pulut kuning.


Pelajar disuapkan dengan potongan pulut kuning oleh GPK HEM.

Kredit kepada para guru yang sentiasa betungkus lumus menyayangi para pelajar, merairkan mereka sama ada melalui amalan sambutan hari lahir dan perayaan tertentu, sering belanja makan pelajar di kantin, dan sering mengambil berat akan kebajikan hal ehwal pelajar serta lain-lain perkara. Tahniah!!!

Thursday, February 11, 2016

PROGRAM SEMINAR ASAS PENGAWAS 2016

Baru-baru ini telah dijalankan dua siri Seminar Asas Pengawas untuk memberikan latihan dan kefahaman terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas di sekolah. Di bawah adalah seminar asas fasa 1 yang dijalankan oleh penulis dan rakan penulis dengan inisiatif untuk melatih sendiri pengawas di samping mengelakkan perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula, tugas-tugas kaunselor di sekolah termasuklah melaksanakan program perkembangan kepada para pelajar.

Para pelajar sekalian...ingat lagi tak Tepuk-Tepuk Sayang?

Tepuk-Tepuk Sayang
Pew...Pew...
Cha...Cha
Pew...Pew...
Cha...Cha...
Mama Miaz
Papaya
Mama Miaz 
Papaya...
Prrrr.....
(Kredit to Kak Fayie)



Slot Pertama Seminar Asas Pengawas Sekolah, peserta didedahkan oleh Rakan Kaunselor, En. Jamri mengenai matlamat dan halatuju pengawas di sekolah.

Tuesday, February 9, 2016

Program Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Kerdau

 Antara taklimat yang disampaikan semasa Program Minggu Orientasi Tingkatan 1.
 Pelajar yang didenda dengan dendaan 'comel' dan 'kelakar' kerana kurang berdisiplin. Denda pun enjoi je. :)
Khusyu dengar taklimat daripada guru-guru. Semoga anda semua menjadi anak yang baik dan soleh.
Antara peserta yang paling berdedikasi, berani dan yakin. Adik Tan yang menyanyikan lagu sekolah yang baru dihafal tanpa menggunakan lirik. Tahniah, dik!.

Friday, March 26, 2010

KURSUS DALAMAN PENGAWAS SEKOLAH




Latihan Ucapan Pengerusi Majlis sedang dilatih oleh Cik Shida, Cik Syida, Cik Al dan En. Rizduan.


Latihan Bacaan ikrar sedang dilatih oleh Cik Haryati dan Cik Suzilawati.


Cik Haryati dan Cik Suzi sedang memadukan suara pelajar ketika membacakan ikrar dan ucapan.

Saturday, March 20, 2010

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS


SALAMUALAIKUM....

Tiga bulan telah pun berlalu pada tahun ini, tahun 2010. Tahun yang penuh dengan cabaran buat saya sendiri. Azam saya pada tahun ini adalah untuk meningkatkan pelaksanaan sesi kaunseling, berbanding perlaksanaan program. Mudah-mudahan, dengan banyaknya sesi kaunseling akan membantu saya lebih memahami para pelajar saya, dekat dengan mereka, mengenal pasti masalah mereka dan dapat mentarbiah mereka bersama-sama dengan saya. Semoga Allah membantu saya dalam menjalankan tugas dan menyebarkan dakwah untuk anak bangsa yang saya kasihi. Amiin...


Oleh sebab itu, pada tahun ini, saya mengkhususkan tugas saya kepada pelaksanaan Program Kaunseling Berfokus yang melibatkan beberapa program penting dan juga sesi kaunseling. Jika dilihat kepada laporan pada tahun ini, saya agak kurang menjalankan program-program yang besar. Hal ini demikian kerana, program yang saya jalankan adalah melibatkan kerjasama dengan unit-unit yang lain dan melaksanakan program dalam kelompok yang lebih kecil seperti sejumlah pelajar atau sekelas sahaja. Oleh itu, masa yang diambil tidaklah menggugat Pengajaran dan Pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas. Ketiadaan guru tertentu memberikan saya peluang untuk mengadakan program. Sebagai contoh, jika Cikgu A tiada, maka kekosongan yang ada saya akan gunakan untuk menjalankan satu taklimat akademik bersama dengan pelajar. Program yang besar juga melibatkan kos yang banyak, penyediaan yang panjang dan remeh temeh serta memakan masa. Penumpuan ke atas pelajar juga berkurang kerana mereka ramai. Respon yang diterima juga biasanya akan berkurangan. Bukanlah saya tidak bersetuju tetapi, perlu dikurangkan dan penumpuan ke atas kualiti berbanding dengan kuantiti. Program yang kecil menjimatkan kos, masa lebih efektif, lebih dekat dengan pelajar/klien dan lebih mudah mendapatkan kerjasama daripada mereka berbanding program besar.




Selain itu, saya juga boleh menjalankan sesi kaunseling apabila melibatkan waktu matapelajaran Sivik & Moral serta subek Pendidikan Seni. Jadi, secara tidak langsung, program yang saya jalankan juga adalah melibatkan jawatankuasa dan panitia yang lain. Sebagai contoh, menjalankan program Melukis Poster Anti Dadah pada masa Pendidikan Seni dengan kerjasama Guru Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Seni. Contoh yang lain adalah, Program Anti-Vandalisme dengan kerjasama Guru Panitia Mata Pelajaran Sivik dan Moral. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan kos. Secara tidak langsung, program bagi 2 unit yang berlainan dapat dijalankan serentak pada masa yang sama.




Perlu diketahui bahawa pelaksanaan Sesi Kaunseling Individu di sekolah adalah sangat penting. Sekurang-kurangnya 2 sesi kaunseling individu perlu dijalankan setiap hari. Namun begitu, ia juga bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa. Oleh itu, sebagai langkah memudahkan kerja Guru Bimbingan & Kaunseling yang sedia banyak, maka, Sesi Kaunseling Indivudu dan Kelompok boleh diterapkan ke dalam Program Kaunseling Berfokus yang menjadikan 2 tugas saya berjalan serentak pada masa yang sama. Yang pentingnya adalah, laporan, analisis sesi yang telah dijalankan. Saya ambil contoh di sini, saya menjalankan sesi kaunseling individu yang melibatkan kes disiplin. Maka, kesimpulannya, saya telah menjalankan sesi kaunseling individu untuk hari tersebut. Kemudian, data-data pelajar yang berkaitan dengan profail dirinya, maklumat salah laku pelajar, rekod disiplin akan saya ambil dan merekodnya sebagai data awal bagi menjalankan Program Kaunseling Berfokus. Program Kaunseling Berfokus agak mirip dan menyerupai analisis headcount akademik pelajar. Dan Program ini juga bersifat kajian di sekolah sebenarnya. Melalui, data yang dimiliki, pihak sekolah, khususnya saya sendiri sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling akan mula menjalankan rawatan (Sesi Kaunseling) yang seterusnya untuk meningkatkan prestasi disiplin pelajar tadi. Pelbagai kaedah akan digunakan dan direkod di dalam fail Program Kaunseling Berfokus kategori Disiplin sebagai langkah ke arah penambahbaikan prestasi disiplin pelajar itu tadi. Sebagai contoh ; Program High-Risk, Program Tazkiyah An-Nafs, Sesi Kaunseling Individu & Kelompok. Sebarang perubahan atau tingkah laku pelajar yang melibatkan sahsiah pelajar direkodkan. Di akhirnya, dapatan yang diperolehi akan dikumpulkan dan dianalisis. Jika secara keseluruhannya, prestasi disiplin pelajar menurun, maka Program Kaunseling Berfokus dikatakan berjaya menurunkan kadar masalah disiplin tersebut. Jika meningkat, kajian dan perbincangan yang melibatkan pentadbir sekolah akan dijalankan lagi.




Begitu juga dengan Program Kaunseling Berfokus Kategori Akademik. Data-data akademik pelajar akan direkodkan setelah para pelajar dikelompokkan mengikut kategori Cemerlang, Sederhana dan Potensi. Daripada kelompok tersebut, baik saya sendiri sebagai kaunselor mahupun guru-guru lain akan menjalankan program yang berbentuk penumpuan ke arah para pelajar tersebut. Sebagai contoh, kelas tambahan, Seminar Teknik Menjawab, Program Motivasi dan sebagainya. Semua aktiviti, program dan sesi kaunseling akan direkodkan sebagai kaedah pelaksanaan peningkatan prestasi akademik pelajar. Prestasi pelajar akan diukur melalui pencapaian akademik pada setiap kali peperiksaan sehinggalah kepada peperiksaan sebenar seperti PMR dan SPM. Sekian dulu. Wallahua'lam.