Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Showing posts with label MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1. Show all posts
Showing posts with label MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

CONTOH KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1


Assalamaulaikum.
Di sini saya kongsikan kertas kerja yang paling simple dan paling mudah untuk dibuat. Banyak kerja tak boleh buat kertas kerja panjang-panjang terutamanya kalau pentadbir kita jenis yang simple-simple dan sempoi je. So...jimatkan masa anda untuk fokus pada core-bussiness kita iaitu menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok. Untuk tentatif dan jawatankuasa ada baiknya kalau diasingkan di tuliskan sebagai rujuk lampiran sebab ia akan memudahkan kita untuk fotostate dan edar kepada guru dalam mesyuarat awal tahun selalunya. 

Dipersilakan copy.

CONTOH JAWATANKUASA MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1

Assalamaualaikum.
Di bawah ini saya sertakan jawatankuasa minggu orientasi. Dibawah adalah beberapa cadangan taklimat atau aktiviti yang boleh dijalankan. Sungguhpun minggu orientasi kita banyak memberikan kepada pelajar maklumat atau informasi mengenai sekolah dan persediaan mereka untuk mengikuti kurikulum dan kokurikulum, namun bagi saya, aspek pembinaan diri dan karekter pelajar juga harus dititik beratkan. Setiap ruangan kaunselor saya banyak isikan aktiviti dengan program yang berbentuk pencegahan termasuklah pendidikan mengenai buli, pendidikan perkembangan remaja dan pencegahan masalah pergaulan bebas, arsetif diri dan sebagainya. Dengan pendedahan dan taklimat awal diharap akan dapat mencegah pelajar daripada terlibat dengan masalah sosial sekalipun tiada jaminan yang mereka tidak akan melakukannya.

 Boleh copy paste. Tiada masalah. 

JAWATANKUASA MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 2016
SMK ATAS KAYANGAN (NAMA REKAAN SAHAJA) J

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PENGERUSI                       : PN. A ( PENGETUA)
TIMB.  PENGERUSI             : PN. B (GPK PENTADBIRAN)
                                        : EN. C (GPK HEM)
                                        : EN. D (GPK KOKO)
PENYELARAS PROGRAM      : PN. E (KAUNSELOR)
JAWATANKUASA :

  • TAKLIMAT UMUM               : PN. A (PENGETUA)
  • TAKLIMAT HEM                : EN. C (GPK HEM)
  • TAKLIMAT KURIKULUM        : PN. B (GPK PENTADBIRAN)
  • TAKLIMAT KOKURIKULUM : EN. D (GPK KOKU)
  • TAKLIMAT KAUNSELING      : PN. E (KAUNSELOR)
  • TAKLIMAT BIASISWA          : PN. F
  • TAKLIMAT DISIPLIN            : EN. G
  • TAKLIMAT PUSAT SUMBER   : PN. H
  • TAKLIMAT KOPERASI         : PN. I
  • TAKLIMAT BINA INSAN      : UST. J
  • TAKLIMAT KEPERIBADIAN DIRI : UST. K
  • TAKLIMAT MAKMAL SAINS  : EN. L
  • AGIHAN BUKU TEKS           : PN. M
  • PRAKTIS LAGU SEKOLAH     : PN. N
  • PRAKTIS ASMA UL HUSNA   : UST. O
  • KAWALAN DISIPLIN           : EN. G
  • SIARAYA                           : EN. P
  • JURUFOTO                        : PN. Q
  • LDK                                 : PN. E (KAUNSELOR)

Disediakan oleh :


.............................................
(KAUNSELOR)

Disahkan oleh :


.............................................
(PENGETUA)

CONTOH TENTATIF PROGRAM MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 2016

TENTATIF PROGRAM
MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1, 2016
SMK KERDAU
TEMPAT : DEWAN SMK KERDAU

ISNIN (04/01/2016)
7.40 PAGI              : PERHIMPUNAN RASMI
9.00 PAGI              : TAKLIMAT KAUNSELOR
9.15 PAGI              : ICE-BREAKING
9.35 PAGI              : REHAT
10.00 PAGI            : TAKLIMAT UMUM DAN SELAMAT DATANG OLEH TN. PENGETUA
10.30 PAGI            : TAKLIMAT GPK PENTADBIRAN
11.00 PAGI            : TAKLIMAT KOKURIKULUM
11.30 PAGI            : TAKLIMAT GPK HEM
12.00 T/HR            : PRAKTIS LAGU SEKOLAH
1.00 PTG                : LDK 1 : SELF CONCEPT
1.30 T/HARI           : TAKLIMAT BINA INSAN / SOLAT  (DI SURAU) , BERSURAI

SELASA (05/01/2016)
8.00 PAGI              : TAKLIMAT KAUNSELOR
8.30 PAGI              : PRAKTIS ASMA UL HUSNA
9.00 PAGI              : TAKLIMAT UNIT DISIPLIN
9.35 PAGI              : REHAT
10.00 PAGI            : TAKLIMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH  DAN TAKLIMAT NILAM
11.00 PAGI            : PRAKTIS LAGU SEKOLAH
12.30 T/HR            : LDK 2 : MAKLUMAT DIRI & SENARAI SEMAK MASALAH
1.00 T/HARI           : TAKLIMAT BIASISWA
1.35 T/HARI           : TAKLIMAT BINA INSAN / SOLAT  (DI SURAU), BERSURAI

RABU (06/01/2016)
8.00 PAGI              : TAKLIMAT KAUNSELOR
8.30 PAGI              : PRAKTIS ASMA UL HUSNA
9.00 PAGI              : TAKLIMAT KOPERASI
9.30 PAGI              : REHAT
10.00 PAGI            : LDK 3 : ARSETIF DIRI HINDARI BULI
10.30 PAGI            : PRAKTIS LAGU SEKOLAH
11.30 PAGI            : TAKLIMAT MAKMAL SAINS
12.30 T/HR            : AKTIVITI : KENALI GURU
1.00 PTG                : TAKLIMAT KEPERIBADIAN DIRI
1.35 T/HARI           : TAKLIMAT BINA INSAN / SOLAT  (DI SURAU), BERSURAI

KHAMIS (07/01/2016)
8.00 PAGI              : TAKLIMAT KAUNSELOR
8.30 PAGI              : PRAKTIS ASMA UL HUSNA
9.00 PAGI              : KEMASKINI FAIL PERIBADI MURID : GURU KELAS
9.35 PAGI              : TAKLIMAT & AGIHAN KELAS (BERSAMA GURU KELAS DI DALAM KELAS)
10.00 PAGI            : AKTIVITI : KENALI SEKOLAHKU (MELAWAT & MENGENALI BILIK KHAS SEKOLAH)
11.00 PAGI            : PRAKTIS LAGU SEKOLAH
12.00 T/HR            : TAKLIMAT KEPERIBADIAN DIRI
1.00 PTG                : LDK 4 : PENGURUSAN MASA 

JUMAAT (08/01/2016)
8.00 PAGI              : TAKLIMAT OLEH KAUNSELOR
8.15 PAGI              : PRAKTIS ASMA UL HUSNA
8.30 PAGI              : PRAKTIS LAGU SEKOLAH
9.15 PAGI              : TAKLIMAT SPBT
9.35 PAGI              : REHAT
10.00 PAGI            : PEMBAHAGIAN BUKU TEKS

11.30 PAGI            : PENUTUPAN MINGGU ORIENTASI

Silakan copy ya... 

Disediakan oleh :                                                                      Disahkan oleh :


.......................................................                                             .........................................................
(NAMA GURU KAUNSELING)                                       (TANDATANGAN PENGETUA)

Tuesday, February 9, 2016

Program Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Kerdau

 Antara taklimat yang disampaikan semasa Program Minggu Orientasi Tingkatan 1.
 Pelajar yang didenda dengan dendaan 'comel' dan 'kelakar' kerana kurang berdisiplin. Denda pun enjoi je. :)
Khusyu dengar taklimat daripada guru-guru. Semoga anda semua menjadi anak yang baik dan soleh.
Antara peserta yang paling berdedikasi, berani dan yakin. Adik Tan yang menyanyikan lagu sekolah yang baru dihafal tanpa menggunakan lirik. Tahniah, dik!.