Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Saturday, May 12, 2012

11 PEMIKIRAN TAK RASIONAL : ALBERT ELLIS


Ellis telah mengemukakan 11 pemikiran tidak rasional (Sabariah Siron, 2005) yang menggangu sistem kepercayaan manusia iaitu:
i. Adalah sangat perlu seseorang itu dikasihi dan disayangi oleh orang yang signifikan.
ii. Adalah sangat penting seseorang itu lengkap, cekap dan berjaya dalam semua perkara.
iii. Sesetengah orang adalah jahat dan kejam. Orang sebegini seharusnya dihukum dan dipersalahkan yang setimpal dengan kesalahannya.
iv. Adalah lebih senang lari daripada kesulitan dan tanggungjawab daripada menghadapinya.
v. Setiap perkara yang terjadi sepatutnya mengikut apa yang dirancang. Adalah teruk dan malang apabila sesuatu perkara yang terjadi tidak seperti yang diharapkan atau diimpikan.
vi. Manusia tidak berupaya untuk mengawal diri kerana kesengsaraan yang berlaku disebabkan oleh faktor-faktor luaran atau diluar kawalan individu.
vii. Peristiwa masa lalu dalam kehidupan individu menentukan tingkah laku manusia dan ianya tidak dapat diubah. 
viii. Jika sesuatu perkara itu merbahaya dan merosakkan individu sepatutnya seseorang itu mengambil berat dan sentiasa berwaspada sepanjang masa untuk mengelakkan segala kejadian yang tidak diingini.
ix. Individu seharusnya bergantung kepada orang lain yang lebih berkuasa dan kuat. 
x. Seseorang itu sepatutnya mengambil berat dan merasa susah hati dengan masalah orang lain. 
xi. Selalunya ada jawapan yang betul dan tepat kepada sesuatu masalah.

No comments:

Post a Comment