Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Thursday, December 29, 2011

LUKISAN UNTUK DIWARNAKAN KANAK-KANAK

Salamualaikum....

Satu perkongsian dari saya, saya puas mencari lukisan-lukisan warna hitam putih untuk diwarnakan kanak-kanak dan juga pelajar sekolah. Puas taip dalam bahasa Melayu tetapi sangat sedikit yang saya jumpai. Kemudian, saya cuba pula dengan keyword dalam bahasa Inggeris, saya juga cuma dapat satu atau dua sahaja. tetapi, sebaik sahaja saya klik pada gambar ini telah membawa saya kepada ratusan gambar yang boleh didownload dan diwarnakan untuk oleh kanak-kanak. Berikut adalah link yang saya maksudkan :




Selamat mencuba terutamanya untuk para guru dan ibu bapa. Sekian.

Monday, December 12, 2011

Motivasi : Peliharalah Dirimu

Di sini saya copy beberapa gambar dari web yang lain. Menarik dan cantik. Itulah wanita, apabila ditutup perhiasan yang ada padanya, maka bertambahlah cantik segala perhiasan itu.
Tetapi sayang, ramai yang menyangka, mereka tidak cantik apabila menutup aurat, memakai tudung, menyembunyikan kecantikan dan kecacatan tubuh badan. 

Penulis sendiri pernah ditanya oleh seorang tauke kedai baju yang bukan Islam. Tanyanya pada saya ; "Eh! kenapa ye you all suka pakai baju labuh-labuh? Nak tutup gemuk ke?" . Saya tahu mereka tidak tahu. Mereka tidak belajar ataupun langsung tak ambil tahu kenapa wanita Islam perlu menutup aurat dengan sebaiknya dan berlandaskan syarak. Walhal yang gemuknya, dialah tauke yang bertanya itu. Dengan berpakaian sendat, seluar pendek paras peha dan sehelai t-shirt putih. Saya diam sahaja dan tersenyum. Kebetulan masa itu, saya ada membeli beberapa helai baju t-shirt Muslimah yang labuh. Itulah baju kegemaran saya dan kebanyakan muslimah di luar sana. Bukan sahaja cantik dipakai, anggun, menawan dan lebih terjaga. Tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Yang sebenarnya, kemunculan t-shirt muslimah itu juga sedang bersaing dengan sehelai baju labuh yang sedat yang dipropaganda oleh Sang Kafir Laknatullah. Labuh, tetapi berlengan pendek, mengikut tubuh badan, melekat-lekat, sendat dan entah apa-apa gambarnya. Tetapi ramai yang tidak perasan. Dengan beranggapan, menutup aurat cukup dengan memakai baju dan sehelai tudung. 

Tudung yang macam mana? Baju yang macam mana? Pakaian yang macam mana? 

Sila klik link ini untuk penjelasan lanjut. 

Yang ini dalil saya petik dari tazkirah.blogspot.com. TQ.
Maksud Surah an-Nur, ayat 31
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. 

Maksud surah al-Ahzab, ayat 59
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. 

Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari 
Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban 
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. 

Hadis riwayat at-Thabrani 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

Hadis riwayat Muslim dan Bukhari 
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."


Inilah contoh berpakaian sebaiknya. Tiada susuk tubuh, bentuk dada dan tidak jarang. Tudung labuh menutup dada. Bukankah cantik? Bukankah sopan dan sejuk di mata? 

Ya, saya setuju dengan logo ini. Tahniah. Sama-sama kita ubah. Janganlah kita mengikut suatu kaum terutamanya kaum yang kafir. boleh jadi, nanti kita akan termasuk dalam golongan mereka. 

Wallahu a'lam.

Thursday, December 8, 2011

Bersabarlah... Selepas kesulitan ada kemudahan.

         Ketika sedang leka memikirkan idea untuk menulis sesuatu hari ini, penulis memandang ke arah jendela di tepi bilik. Ada sepohon pokok mangga yang terbuai-buai ditiup angin. Tika saat ini, penulis merasakan betapa saratnya fikiran. Berbagai-bagai hal muncul dan menjelma di minda..
Inilah hidup.... getus penulis dalam hati. 

             Walaupun terasa berat, tetapi, batin tetap tidak lupa untuk meminta kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sunnguh, Dia Maha Mendengar setiap perkara walaupun tersembunyi dalam hati. 
Dan Allah ada menyebut di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286 ; Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.... 

             Itulah yang selalu menjadi azimat tatkala jiwa merasa berat dan terluka. Adakalanya, jiwa merasa sempit tatkala diuji sedemikian rupa. Adakalanya, air mata menitis di pipi, membasahi bantal. Tika ditimpa musibah, sahabat hanya mampu ucap kesabaran... ya betul! Sabarlah... Redhalah... Tetapi, diri yang menanggung Allah jua yang mengetahui. Tetapi benar, sebagai hamba Allah, redhalah, dan sabarlah dengan ujian yang diberi. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza untuknya. Allah telah tuliskan untuknya sejak awal lagi. 

                Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

           Jika merasa berat ujian yang dilalui, fikirlah ramai lagi yang sedang menanggung ujian dan penderitaan yang lebih berat. Bahkan! Orang-orang sebelum kita mengalami ujian-ujian yang jauh lebih berat dari kita sendiri. Lihat sahaja bagaimana Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu menjalani ujian yang Allah berikan untuk mereka. Bukan mudah dan bukan senang. Lihat sahaja betapa hebat ujian yang dialami Rasul-Rasul ulul azmi dalam menengakkan kebenaran dan menyampaikan perintah Allah kepada kaumnya. Masya Alllah.

            Lihat pula kini, umat Islam di seluruh dunia yang diuji dengan berbagai ujian terutamanya, mereka yang dicengkam oleh kaum-kaum yang kafir seperti di Palestin, Rusia dan di negara-negara Eropah lainnya. Lihat pula umat manusia yang diuji dengan musibah bencana alam seperti banjir, ribut taufan yang mengganas, gempa bumi yang dasyat yang meragut banyak nyawa dan berlakunya kehilangan. Dan jangan pula kita lupa insan-insan yang hidup bersama penderitaan kerana kebuluran dan kemiskinan, muka bumi tidak subur, hidup di keliling jenayah dan bermacam-macam lagi.

ALLAH berfirman bermaksud:"..Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut , rasa lapar, kekurangan harta, kekekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg sabar..". [Al-Baqarah: 155]
          
           Oleh kerana itu, sebaiknya kita membuka minda kita, lapangkan dada kita dan renunglah ke dada langit melihat kekuasaan Allah S.W.T. Betapa besarnya kekuasaanNya. Percayalah, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukankah Allah telah berfirman bahawa ; Selepas kesulitan pasti ada kemudahan (Al-Insyirah Ayat 6).

Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 

(Al-Baqarah : 156)

Yakinlah dengan janji Allah.
Bersabarlah di atas dugaan yang diberi.
Redhalah kerana sesungguhnya setiap perkara ada hikmahnya.
Itulah yang penulis sedang merenung dan memuhasabah diri sendiri. 

Wallahua'lam.

Thursday, November 24, 2011

Kolej Komuniti Jerantut

Kolej ini terletak berhampiran Masjid Jerantut. Kolej ini baru sahaja dibuka. Dan beberapa kursus sudah dijalankan. Tetapi, publisiti masih kurang dan ramai yang masih tidak mengetahui akan kewujudan kolej tersebut.

Wednesday, November 23, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL / SM TEKNIK DAN SM VOKASIONAL 2012

Para pelajar yang berminar untuk memohon masuk ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional 2012, haruslah membuat permohonan secara online atau mengisi borang sebelum 19 Disember 2011.

Ini adalah link untuk permohonan secara online ;
http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/login.cfm

Permohonan boleh di hantar ke ;
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya


03-88845154

Monday, November 21, 2011


Bila menatap si kecil ini, alangkah terfikir betapa sucinya mereka. Jernihnya wajah, bercahaya bak rembulan. Itulah kanak-kanak yang diibaratkan kain putih. Yang menunggu dicorakkan sejak dalam rahim lagi. 
Apabila cuba merenung diri ini... warna apakah yang mencorakkan diri ini? Alangkah indahnya hidup ini, andai setiap diri kita sesuci si comel ini... Hanya taubat nasuha yang bisa membersihkan. Wallahu a'lam.

Wednesday, September 28, 2011

DOA SEBELUM DAN SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

"Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah kami lupa dari Al-Quran dan ajarkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuknya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hajat untuk kami. Amin.

"Ya Allah, inilah al-Quran yang tidak pernah bosan untuk didengarkan . Menjaga diri dari perkara yang tidak baik sama ada perkataan, perbuatan atau niat. Dengan Al-Quran aku mengubat segala penyakit. Cahayanya  menjadi petunjuk hatiku di kala meraba kebingungan dan kebodohan. Wahai Tuhanku, gembirakanlah aku dengan rahsia yang ada pada setiap hurufnya. Dan sinarilah hati ku, pendengaranku dan penglihatanku dengannya. Mudahkanlah bagiku untuk menghafal dan mempelajarinya dengan sebab kewibawaan Nabi Muhamad S.A.W, keluarga dan semua sahabatnya.

Tuesday, August 9, 2011

KERJAYA : AHLI ARKEOLOGI


  • Ahli arkeologi bertanggungjawab untuk mengkaji kesan pengaruh persekitaran terhadap tumbuhan yang dikaji.
  • Mengkelaskan jenis-jenis tanaman yang bersesuaian dengan cuaca, tanah, kesan pembangunan dan pemeliharaan hidupan liar.
  • Ahli arkeologi juga berperanan untuk member kesedaran kepada masyarakat tentang perlunya menjaga alam sekitar.
  • Personaliti pekerjaan ; anda mestilah suka kepada keindahan alam semula jadi dan berminat pada aktiviti yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan.
  • Kelayakan ; cemerlang dalam mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.
  • Anda perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti yang diiktiraf.

Thursday, June 2, 2011

BELAJAR DARI KRITIKAN


Apabila anda dikritik oleh seseorang, janganlah anda lekas marah atau pun melenting.Terutamanya, jika kritikan yang diberikan itu adalah kritikan yang membina dan sememangnya baik untuk kita. Ini kerana, kritikan dan teguran adalah luahan hati seorang yang kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh seseorang itu.

Kritikan atau teguran sebenarnya sangat penting dalam hidup kita. Melalui kritikan dan teguran yang membina atau orang yang ditegur menerima dengan hati yang terbuka, maka sesuatu perubahan dapat dilakukan. Apapun, penegur atau pengkritik juga haruslah memperelok dan menghiasi budi pekertinya juga dengan sebaik mungkin. Mana mungkin, orang yang ditegur akan menerima teguran jika orang yang menegur juga sama sikapnya. Begitulah yang kita fikirkan selalunya. Walhal, dalam konsep tegur menegur adalah perlu kita melihat kepada apa yang ditegur, bukan melihat orang yang menegur itu. Yalah...manusia kan tidak lepas dari kesilapan dan kekhilafan.

Seronok ditegur...
Memang tidak dapat dinafikan bahawa, apabila kita ditegur atau dikritik, ianya bukanlah sesuatu yang mennyeronokkan. Tatkala ditegur, muka kita akan menjadi merah, hati berdebar-debar dan jantung berdegup laju. Telinga akan merasa bahang kepanasan dan tekak juga akan menjadi kering di samping badan kita akan menjadi gementar. Pada masa itu, tahap keegoaan kita sangat tinggi. Masa itu, kita mula mencari helah bela diri yang sesuai dengan diri kita baik yang benar ataupun yang tidak benar.

Sebagai seorang manusia, atau Hamba Allah, sudah tentulah kita perlu menyedari bahawa setiap dari manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.  Begitulah sifatnya manusia. Sama ada secara sedar  mahupun tidak sedar. Setiap hari, begitulah kita. Jadi, apa salahnya kalau kita  diperingatkan oleh orang lain melalui teguran dan kritikan. Walaupun adakalanya memanglah kritikan juga boleh jadi terlampau menyakitkan atau tidak kena  pada gayanya atau memang tidak patut langsung. Justeru, langsung membuatkan kita berasa marah dan sakit hati.

Berterima kasihlah!
Kerana kita dikritik atau diberikan teguran lebih-lebih lagi jika teguran tersebut adalah demi untuk kebaikan kita bersama.Teguran membolehkan kita memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Jangan cepat melatah, kata orang. Cuba bertenang dahulu dan kemudian cuba renungkan. Itulah yang saya amalkan. Saya  sendiri akui bukan mudah untuk menerima teguran lebih-lebih lagi dari insan yang kita sayangi dan rapat sekali. Sudah tentu lukanya....aduhai. Tetapi, duduklah sejenak, tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Kemudian, sila semak teguran tersebut sama ada benar atau tidak. Jika benar, nah terimalah dengan hati terbuka. Anggaplah teguran itu dari Yang Maha Pencipta untuk diri kita. Takkanlah kita tidak mahu ditegur olehNya yang sudah tentu Maha Penyayang terhadap kita Jika salah, cuba cari jalan untuk menjelaskan kembali perkara tersebut. Di samping itu, berdoalah kepada Allah agar menjadikan kita lebih baik dari teguran yang diberi.

jangan tegur dan kritik sebarangan...!
Kaji dahulu sebelum menegur, sama ada segera, tidak segera, patut atau tidak patut, perhati dulu, tengok dulu, kaji dahulu sikap dan perangaiorang yang ingin ditegur. Lihat, jika tabiat yang dilakukan itu selalu berlaku dan menyusahkan orang lain, usah tunggu lama-lama. Kaji pula sikapnya, jenis yang bagaimana, 'happy go lucky' atau pun panas baran. Jangan main hentam sahaja. Cuba masuk dan ikut rentak mereka. Cuba amalkan pada diri kita terutamamya mereka yang sinonim dengan kuasa, pangkat, senior, ibu bapa, adik beradik, guru serta pekerja dan bos dan sebagainya.

Teguran Kaedah Rasullullah
Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”
Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan. (Ad-Dimasyqi dalam ABBIM)
budayakan menegur dengan lemah-lembut dan bijaksana


Oleh itu, tawanlah hati anda sendiri dengan bersikap terbuka apabila dikritik.Jadikanlah ia halwa telinga dan damaikan hati. Lama-kelamaan kita akan berasa seronok dan suka pula kerana kita sering diperingatkan. Itu tandanya masih ada yang sayang padamu....
Sekian, Wallahua'lam.

DOA ; AGAR ALLAH MENEGUHKAN HATI


Dari Syahr bin Hausyab r.a., ia berkata:
"Aku bertanya kepada Ummu Salamah: "Ya Ummul Mukminin, doa apa yang paling sering diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika beliau berada di rumahmu?" Ummu Salamah berkata: "Doa yang paling sering beliau baca adalah, "Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi' ala diinika" (Wahai dzat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu) ".

(HR. At-Tirmidzi)

Tuesday, May 31, 2011

DOA ; HINDARI MALAS

Zaid bin Arqam r.a. memberitakan Rasulullah SAW selalu memohon:
"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan engkau daripada sifat lemah dan malas, daripada sifat penakut dan bakhil, daripada sifat uzur sebab sangat tua dan daripada seksaan kubur."

"Wahai Allah, kurniakanlah ketakwaan kepada jiwa saya dan bersihkanlah dia, kerana Engkaulah sebaik-baik orang yang dapat membersihkannya. Engkau adalah Penjaga dan Tuannya."


"Wahai Allah, sesungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, perlindungan daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa kenyang dan perlindungan daripada doa yang tidak diperkenankan."
(Riwayat Imam Muslim)

MOTIVASI BUAT YANG BERGELAR WANITA :10 wasiat Rasulullah kepada PUTERInya


  1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan derajat wanita itu.
  2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikana dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah
  3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu org yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang
  4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
  1. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah
  2. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
  3. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
  4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  5. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wannita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
  6. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

"perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai sholat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami." (HR.Ibnu Hibbab dari Abu Hurairah)

sumber : milist ek2003

Belajar dari kesakitan...

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kenapa ?

Manusia tidak lepas dari melakukan dosa dan kesilapan....sedar atau tidak...

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Dengan sakit, adakalanya, barulah kita mula mendekatkan diri dengan-Nya. Dengan sakit membuatkan kita berasa insaf akan ketidaksempurnaan diri. Sakit juga membuatkan kita rasa sangat keseorangan melainkan keseorangan itu digantikan dengan Cinta kepada Allah. Hanya kerana Allah sahaja  yang Maha Mengetahui sakit dan menderitanya kita.  Orang lain tidak tahu walaupun kita nyatakan kita sakit, mereka tidak akan dapat merasainya melainkan hanya mengucapkan kata-kata simpati dan salam takziah. Ya! Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Jadi, janganlah berasa tidak redha dengan kurniaan dari Nya. Wallahua'lam.

Sunday, May 8, 2011

SMART STUDY KEY'S



  1. Always appreciate your time you have.
  2. Patience and dont give up.
  3. Do extra excercise your topic for each subject.
  4. Everyday, you must do a revision for each subject.
  5. Your vision and mssion must clear.
  6. Always reading general books or magezine like Berita Harian and etc.
  7. Do some references in the library take the advantage to do something benefit.
  8. You can release your stress and 'high -temperature' easily. if you can't, you can go counseling room and see your counsellor. Maybe he can help you.
  9. Do more excercises for pass year queations.
  10. Always ask your teacher. Don't shy.
  11. Study with the systematic and consistency. Istiqamah. Example ; do five or ten mathematics everyday to help you improve your skills.
  12. Niat or set to very hardworking study.
  13. Every topic you must understand and catch up.
  14. Finished your homework that given.
  15. Give your full concetration when your teacher is teaching.
  16. Sacrifice...
This is Ben Jarvis smart stduy for link ; http://www.smartstudysecrets.com/index.html

And this is about how to study ; http://www.scribd.com/doc/6459668/Belajar-Cara-Belajar.

CIRI - CIRI PELAJAR CEMERLANG

Seorang pelajar yang cemerlang, padanya terdapat banyak ciri-ciri kebaikan. Ciri - ciri tersebut banyak membantu para pelajar ini untuk berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah...
Berikut merupakan ciri yang harus dimiliki oleh seorang pelajar yang ingin menjadi seorang cemerlang di dunia seterusnya cemerlang di akhirat.
  1. Taat kepada Allah.
  2. Taat kepada kedua ibu bapa.
  3. Taat dan hormat kepada guru.
  4. Sentiasa bermotivasi, bersemangat.
  5. Tekun dan rajin berusaha.
  6. Tidak mudah putus asa.
  7. Pandai memilih rakan.
  8. Sentiasa bersangka baik dan befikiran negatif.
  9. Tidak bersikap dan berfikiran negatif.
  10. Rajin bertanya.
  11. Ada strategi yang baik.
  12. Beriadah.
  13. Menjaga pemakanan.
  14. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.