Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Tuesday, December 13, 2011

Motivasi : Peliharalah Dirimu


Di sini saya copy beberapa gambar dari web yang lain. Menarik dan cantik. Itulah wanita, apabila ditutup perhiasan yang ada padanya, maka bertambahlah cantik segala perhiasan itu.
Tetapi sayang, ramai yang menyangka, mereka tidak cantik apabila menutup aurat, memakai tudung, menyembunyikan kecantikan dan kecacatan tubuh badan. 

Penulis sendiri pernah ditanya oleh seorang tauke kedai baju yang bukan Islam. Tanyanya pada saya ; "Eh! kenapa ye you all suka pakai baju labuh-labuh? Nak tutup gemuk ke?" . Saya tahu mereka tidak tahu. Mereka tidak belajar ataupun langsung tak ambil tahu kenapa wanita Islam perlu menutup aurat dengan sebaiknya dan berlandaskan syarak. Walhal yang gemuknya, dialah tauke yang bertanya itu. Dengan berpakaian sendat, seluar pendek paras peha dan sehelai t-shirt putih. Saya diam sahaja dan tersenyum. Kebetulan masa itu, saya ada membeli beberapa helai baju t-shirt Muslimah yang labuh. Itulah baju kegemaran saya dan kebanyakan muslimah di luar sana. Bukan sahaja cantik dipakai, anggun, menawan dan lebih terjaga. Tidak menampakkan bentuk tubuh badan. Yang sebenarnya, kemunculan t-shirt muslimah itu juga sedang bersaing dengan sehelai baju labuh yang sedat yang dipropaganda oleh Sang Kafir Laknatullah. Labuh, tetapi berlengan pendek, mengikut tubuh badan, melekat-lekat, sendat dan entah apa-apa gambarnya. Tetapi ramai yang tidak perasan. Dengan beranggapan, menutup aurat cukup dengan memakai baju dan sehelai tudung. 

Tudung yang macam mana? Baju yang macam mana? Pakaian yang macam mana? 

Sila klik link ini untuk penjelasan lanjut. 

Yang ini dalil saya petik dari tazkirah.blogspot.com. TQ.
Maksud Surah an-Nur, ayat 31
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. 

Maksud surah al-Ahzab, ayat 59
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. 

Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari 
Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.

Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban 
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. 

Hadis riwayat at-Thabrani 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim 
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

Hadis riwayat Muslim dan Bukhari 
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."


Inilah contoh berpakaian sebaiknya. Tiada susuk tubuh, bentuk dada dan tidak jarang. Tudung labuh menutup dada. Bukankah cantik? Bukankah sopan dan sejuk di mata? 

Ya, saya setuju dengan logo ini. Tahniah. Sama-sama kita ubah. Janganlah kita mengikut suatu kaum terutamanya kaum yang kafir. boleh jadi, nanti kita akan termasuk dalam golongan mereka. 

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment