Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Saturday, May 12, 2012

TEORI KEMURUNGAN KOGNITIF BECK


Teori Kemurungan Kognitif Beck telah diperkenalkan oleh Beck tahun 1967. menurut Beck kebanyakan tanda-tanda murung adalah berpunca daripada sikap dan pemikiran individu yang negatif iaitu gejala dan tanda-tanda menunjukkan kemurungan adalah akibat daripada pemikiran yang tidak tenteram. Pemilihan Teori Kemurungan Beck merujuk kepada kesesuaian teori ini dengan kajian yang dijalankan. Teori ini juga mengatakan perubahan dalam pemikiran seseorang adalah berpunca kepada kemurungan.


Beck (1987) dalam Wan Zainab (1990) menyatakan individu yang mengalami kemurungan biasanya mempunyai pemikiran yang tidak tenteram. Model Beck telah menghuraikan tiga konsep asas psikologikal yang mengakibatkan kemurungan iaitu konsep kognitif tiga penjuru, skema dan alat. Untuk menerangkan tingkah laku kemurungan, konsep tiga penjuru kognitif akan digunakan. Mengikut teori ini kemurungan yang berlaku pada seorang individu adalah akibat daripada tiga cara pemikiran (The Cognitive Triad). Mereka yang murung lebih cenderung mempersepsikan diri sendiri, pengalaman masa depan mereka sebagai satu pemahaman yang negatif dan tidak realistik.

Skema pula merupakan satu tanggapan yang tidak fleksibel akibat daripada kepercayaan atau andaian pengalaman masa lalu. Beck (1987) menyatakan skema digunakan untuk menggambarkan struktur kognitif. Skema merupakan penglibatan struktur kognitif di antara input rangsangan dan tindak balas personaliti. Skema mengandungi gabungan organisasi daripada nilai kepercayaan dan andaian yang berhubung dengan objek, kejadian atau persekitarannya. Skema juga akan berfungsi sebagai rangsangan scanners, menapis maklumat, interpretasi dan mengekodkan maklumat (Becker, 1974).

Alat merupakan konsep ketiga dalam Teori Kognitif Beck. Mereka yang murung akan sering mempunyai kesilapan struktural dan pemikiran. Ia mempunyai hubungan dengan salah tafsir tentang sesuatu kejadian. Mereka yang murung juga akan membesar-besarkan tanggungjawab dan celaan terhadap diri sendiri. Mereka bukan sahaja membuat generalisasi yang melampau berdasarkan sesuatu peristiwa tetapi juga akan melakukan atau membuat kesimpulan secara tidak logik (Clarizio, 1985).

Untuk melihat dan menerangkan masalah kemurungan, Beck (1967) dalam Raikhan (2006) telah mengaplikasikan Model Kognitif Pembelajaran Sosial. Menurut beliau ketidakfungsian kognitif merupakan pusat kepada fenomena kemurungan. Konsep Beck’s Negative Cognitive Triad, menerangkan tentang tiga pemikiran negatif manusia iaitu tentang dirinya, dunia dan masa depan yang difikirkannya (Allen, 2007). Pemikiran negatif terhadap diri adalah bagaimana individu akan melihat dirinya dalam kerangka yang negatif iaitu menganggap dirinya sebagai serba kekurangan dan tidak bernilai. Keadaan ini akan menyebabkan individu mengatribusikan perasaan tersebut dengan keadaan fizikal, mental dan moral dan seterusnya menolak dirinya sendiri daripada sebarang aktiviti. Manakala, pemikiran negatif yang diwujudkan terhadap persekitaran atau dunia menerangkan bahawa individu yang murung biasanya membuat interpretasi bahawa interaksinya dengan persekitaran adalah gagal dan tidak berjaya. Ia merasakan kehidupannya sentiasa terhalang dan tidak berdaya untuk mengatasinya. Pemikiran individu yang menanggap masa depannya sebagai negatif pula adalah dengan melihat masa depannya sebagai negatif. Individu cenderung untuk beranggapan keadaan yang dialaminya akan berterusan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan indvidu merasakan masa depannya tidak berguna dan tiada harapan.

Menurut Beck (1967) dalam Raikhan (2006), kemurungan dalam kalangan pelajar dapat dilihat pada tiga tahap iaitu dengan merujuk kepada darjah simptom kemurungan yang dialami oleh mereka iaitu kemurungan yang rendah (Mild Depression), kemurungan yang sederhana (Moderate Depression) dan kemurungan yang tinggi (Severe Depression). Kemurungan pada tahap ini merupakan kemurungan pada tahap awal dan biasanya dialami oleh kebanyakkan pelajar. Pelajar-pelajar hanya menyatakan diri mereka buntu dan sedih (disphoria). Mereka yang mengalami kemurungan pada tahap ini masih boleh bergembira dan kelihatan riang. Kemurungan pada tahap ini tidak terlalu menjejaskan prestasi mereka dalam pencapaian akademik dan aktiviti-aktiviti luaran.

Kemurungan sederhana adalah menunjukkan tanda seperti perasaan ‘disphoria’ cenderung untuk menjadi berpanjangan dan lebih kekal. Para pelajar akan merasakan tidak berminat untuk menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar sekolah. Pada peringkat ini didapati agak sukar untuk mempengaruhi mereka bagi mengalihkan kepada tingkah laku gembira dan riang. Tingkah laku dan perasaan riang dan gembira mereka, jika ada cuma bersifat sementara sahaja. Pada peringkat ini keadaan disphoria biasanya bermula sejak awal pagi dan berterusan seharian. Menurut Beck (1967), biasanya tahap kemurungan inilah yang banyak berlaku ke atas pelajar-pelajar sekolah terutamanya di peringkat awal remaja.

Kemurungan tahap tinggi merupakan tahap kemurungan paling yang teruk. Mereka yang mengalami kemurungan pada tahap ini akan memperlihatkan perasaan dan tingkah laku terlalu sedih dan putus asa. Mereka juga sentiasa berada dalam keadaan terlalu risau atau bimbang. Menurut Beck (1967), 70% pelajar-pelajar yang mengalami kemurungan pada tahap ini akan merasa sedih sepanjang masa, dan sukar untuk lari daripada keadaan tersebut. Kesedihan dan putus asa serta pengherotan dalam keadaan-keadaan yang lain dilihat sebagai bersifat berterusan. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment