Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Tuesday, February 9, 2016

CONTOH KERTAS KERJA MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1


Assalamaulaikum.
Di sini saya kongsikan kertas kerja yang paling simple dan paling mudah untuk dibuat. Banyak kerja tak boleh buat kertas kerja panjang-panjang terutamanya kalau pentadbir kita jenis yang simple-simple dan sempoi je. So...jimatkan masa anda untuk fokus pada core-bussiness kita iaitu menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok. Untuk tentatif dan jawatankuasa ada baiknya kalau diasingkan di tuliskan sebagai rujuk lampiran sebab ia akan memudahkan kita untuk fotostate dan edar kepada guru dalam mesyuarat awal tahun selalunya. 

Dipersilakan copy.


---------------------------------------------------------------


KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1
SMK ATAS KAYANGAN (contoh je ni)
2016

PENGENALAN
Bagi menyesuaiakan diri di alam remaja dan persekolahan menengah, para remaja haruslah diberikan banyak tunjuk ajar bagi membolehkan mereka berdikari sendiri. Tempoh awal keremajaan yang penuh dengan kecelaruan perlu dibimbing dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan pelajar terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat di peringkat sekolah menengah.


MATLAMAT
Mendapatkan kelulusan menjalankan program dengan peruntukan.

OBJEKTIF
Di akhir program ini, pelajar dapat :

·         Mengenali SMK Kerdau dan dapat menyesuaikan diri dengan baik.
·         Mencungkil sifat arsetif dalam diri pelajar.
·         Member pendedahan mengenai alam sekolah menengah  kepada para pelajar.
·         Mengeratkan hubungan pelajar dengan komuniti sekolah dan masyarakat sekeliling.

PELAKSANAAN
Tarikh                    : 04 – 08 Jan 2016
Masa                      : 8.00 pagi 1.30 petang
Perlaksanaan          : Ice-Breaking
                               : Latihan Dalam Kumpulan
                               : Taklimat oleh guru-guru
Tempat                   : Dewan SMK Kerdau
Sasaran                   : Pelajar Tingkatan 1

SUMBER TENAGA
·         Pentadbir
·         Guru Kaunseling,
·         Guru-guru dan pembantu makmal.


JAWATANKUASA PROGRAM
*Rujuk lampiran


TENTATIF PROGRAM
*Rujuk Lampiran


 SUMBER KOS
·         PIBG
·         Sekolah


ANGGARAN PERBELANJAAN
  1. Tag Nama Pelajar             120 pcs x RM2.00             = RM240.00
  2. Kertas Majong                  2 gulung x RM15.00           RM30.00
  3. JUMLAH                                                                   = RM270.00



PENUTUP
Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil dari kerjasama semua pihak. Diharapkan agar para pelajar memanfaatkan program yang dijalankan sebaik mungkin.




Disediakan oleh :                                                                             Disahkan oleh :


No comments:

Post a Comment