Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Thursday, June 2, 2011

BELAJAR DARI KRITIKAN


Apabila anda dikritik oleh seseorang, janganlah anda lekas marah atau pun melenting.Terutamanya, jika kritikan yang diberikan itu adalah kritikan yang membina dan sememangnya baik untuk kita. Ini kerana, kritikan dan teguran adalah luahan hati seorang yang kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh seseorang itu.

Kritikan atau teguran sebenarnya sangat penting dalam hidup kita. Melalui kritikan dan teguran yang membina atau orang yang ditegur menerima dengan hati yang terbuka, maka sesuatu perubahan dapat dilakukan. Apapun, penegur atau pengkritik juga haruslah memperelok dan menghiasi budi pekertinya juga dengan sebaik mungkin. Mana mungkin, orang yang ditegur akan menerima teguran jika orang yang menegur juga sama sikapnya. Begitulah yang kita fikirkan selalunya. Walhal, dalam konsep tegur menegur adalah perlu kita melihat kepada apa yang ditegur, bukan melihat orang yang menegur itu. Yalah...manusia kan tidak lepas dari kesilapan dan kekhilafan.

Seronok ditegur...
Memang tidak dapat dinafikan bahawa, apabila kita ditegur atau dikritik, ianya bukanlah sesuatu yang mennyeronokkan. Tatkala ditegur, muka kita akan menjadi merah, hati berdebar-debar dan jantung berdegup laju. Telinga akan merasa bahang kepanasan dan tekak juga akan menjadi kering di samping badan kita akan menjadi gementar. Pada masa itu, tahap keegoaan kita sangat tinggi. Masa itu, kita mula mencari helah bela diri yang sesuai dengan diri kita baik yang benar ataupun yang tidak benar.

Sebagai seorang manusia, atau Hamba Allah, sudah tentulah kita perlu menyedari bahawa setiap dari manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.  Begitulah sifatnya manusia. Sama ada secara sedar  mahupun tidak sedar. Setiap hari, begitulah kita. Jadi, apa salahnya kalau kita  diperingatkan oleh orang lain melalui teguran dan kritikan. Walaupun adakalanya memanglah kritikan juga boleh jadi terlampau menyakitkan atau tidak kena  pada gayanya atau memang tidak patut langsung. Justeru, langsung membuatkan kita berasa marah dan sakit hati.

Berterima kasihlah!
Kerana kita dikritik atau diberikan teguran lebih-lebih lagi jika teguran tersebut adalah demi untuk kebaikan kita bersama.Teguran membolehkan kita memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Jangan cepat melatah, kata orang. Cuba bertenang dahulu dan kemudian cuba renungkan. Itulah yang saya amalkan. Saya  sendiri akui bukan mudah untuk menerima teguran lebih-lebih lagi dari insan yang kita sayangi dan rapat sekali. Sudah tentu lukanya....aduhai. Tetapi, duduklah sejenak, tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Kemudian, sila semak teguran tersebut sama ada benar atau tidak. Jika benar, nah terimalah dengan hati terbuka. Anggaplah teguran itu dari Yang Maha Pencipta untuk diri kita. Takkanlah kita tidak mahu ditegur olehNya yang sudah tentu Maha Penyayang terhadap kita Jika salah, cuba cari jalan untuk menjelaskan kembali perkara tersebut. Di samping itu, berdoalah kepada Allah agar menjadikan kita lebih baik dari teguran yang diberi.

jangan tegur dan kritik sebarangan...!
Kaji dahulu sebelum menegur, sama ada segera, tidak segera, patut atau tidak patut, perhati dulu, tengok dulu, kaji dahulu sikap dan perangaiorang yang ingin ditegur. Lihat, jika tabiat yang dilakukan itu selalu berlaku dan menyusahkan orang lain, usah tunggu lama-lama. Kaji pula sikapnya, jenis yang bagaimana, 'happy go lucky' atau pun panas baran. Jangan main hentam sahaja. Cuba masuk dan ikut rentak mereka. Cuba amalkan pada diri kita terutamamya mereka yang sinonim dengan kuasa, pangkat, senior, ibu bapa, adik beradik, guru serta pekerja dan bos dan sebagainya.

Teguran Kaedah Rasullullah
Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”
Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan. (Ad-Dimasyqi dalam ABBIM)
budayakan menegur dengan lemah-lembut dan bijaksana


Oleh itu, tawanlah hati anda sendiri dengan bersikap terbuka apabila dikritik.Jadikanlah ia halwa telinga dan damaikan hati. Lama-kelamaan kita akan berasa seronok dan suka pula kerana kita sering diperingatkan. Itu tandanya masih ada yang sayang padamu....
Sekian, Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment