Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Saturday, April 7, 2012

Etika ber 'facebook' atau 'bermuka buku' seorang Muslim



Tidak dinafikan facebook banyak kegunaan kepada kita semua. Namun, kesan buruk akibat penggunaan facebook juga tetap ada. Walaupun facebook ini kelihatan seperti tiada apa-apa kesan terhadap diri kita atau mungkin kita cuma anggap ianya sebagai tempat untuk bersuka-suka, namun sebenarnya banyak perkara perlu dititik beratkan semasa menggunakan facebook, blog, laman web dan sebagainya. Hal demikian kerana, boleh jadi sama ada facebook, blog atau mana-mana web site akan menjadi kepada penyumbang dosa dan maksiat kepada diri kita.
Bagaimana tidak? Jikalau hal-hal sedemikian itu menjadi medan fitnah kepada diri kita dan juga orang lain. Sedar atau tidak, boleh jadi kita juga turut sama terlibat dalam hal tersebut. Cuba lihat checklist di bawah, boleh jadi kita mungkin pernah terlibat dalam hal-hal sedemikian.

  • Kita upload gambar-gambar yang tidak menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Kita hidangkan kepada mata-mata yang melihat gambar-gambar kita tanpa mengambil kira soal aurat.
  • Kita update status peribadi kita dengan hal-hal yang negatif, hal yang boleh diumpat dan diperkatakan orang lain, hal yang remeh dan tidak berguna sehingga lambat laun, orang akan fikir keburukan diri kita akhirnya.
  • Kita kongsi hal ehwal rumah tangga kita kepada tatapan umum seperti kita berselisih faham, selisih pendapat, hal-hal keluarga, dari soal anak, memasak, membasuh kain, hal kewangan, mertua, ipar duai sedangkan perkara tersebut adalah rahsia dalam rumah tangga dan tidak seharusnya dibuka untuk tatapan umum. Kemudian, diberikan pula komen-komen oleh orang lain termasuklah orang-orang yang tidak dikenali. Jikalau, respon yang diterima dalam bentuk nasihat dan pandangan yang berguna, baguslah. Tetapi, jika yang sebaliknya, macam mana? Boleh jadi, ini juga akan menjadi punca keruntuhan rumah tangga anda nanti. Dan sudah pasti, sudah ada perceraian yang berlaku kerana Facebook!
  • Cuba elakkan memasukkan semua maklumat tentang diri anda. Sembunyikanlah sedikit, tukarkan maklumatnya kepada maklumat yang lain. Jangan masukkan no. telefon, alamat rumah, tarikh lahir dan maklumat-maklumat peribadi yang lain. Boleh jadi akan berlaku kecurian maklumat, atau jika kita mendedahkan kepada umum, kita mungkin akan diganggu oleh orang-orang yang tidak dikenali. 
  • Jangan luangkan masa terlalu banyak untuk ber facebook, blog dan web site sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang anak, isteri, suami, ayah, ibu, guru, pelajar dan sebagainya. Ada isteri yang tak sempat memasak kerana lama sangat dengan facebooknya. Ada yang tertinggal solatnya, ada yang tak pergi sekolah kerana mengantuk dek terlalu lama melayani facebook.    
  • Jangan abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim. Solat jangan dilewatkan dan diabaikan. Nanti akan bertambah kuatlah orang kafir, lemahlah orang Islam kerana dilalaikan oleh alat ciptaan mereka!
  • Dan banyak lagi........mungkin akan disambung di lain masa. ayuh kita bekerja! Sehingga berjumpa lagi.
  • Salamualaikum...Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment