Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

Pages

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Monday, January 15, 2024

MAKE OVER KABINET LAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK BUKIT CERMIN

 

1. RUPA ASAL KABINET LAMA BILIK KAUNSELING. SUDAH 23 TAHUN SEJAK SEKOLAH DIBINA. SIS KAUNSELOR MEMANG TAK BOLEH LA KALAU DENGAN RUPA MACAM NI. TENGOK AJE PUN DAH RASA STRESS. :)

2. RUPA KABINET SELEPAS DIBERIKAN SENTUHAN NAFAS BARU, EN. DIN PEKERJA SEKOLAH YANG MENGECAT DENGAN PENUH HATI-HATI. GUNA CAT MINYAK YANG BERKUALITI. WARNANYA CUKUP KONTEMPORARI DAN INDAH DIPANDANG MATA. 

3. SEJUK HATI PANDANG WARNA INI. 

4. KEGUNAAN KABINET INI SELEPAS SIAP DI CAT, DILABEL DAN DISUSUN ATUR DENGAN PELBAGAI JENIS PERLATAN. BESAR BILIK, BANYAKLAH PERLATAN YANG PERLU DISIMPAN, DISUSUN DAN DI ATUR. 

SEKIAN, CELOTEH CIKGU AL KESAYANGAN RAMAI. 

No comments:

Post a Comment