Bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor. Kaunselor haruslah memiliki sifat-sifat seperti hormat dan terima tanpa syarat (respect & unconditional positive regards), kasih sayang (love), empati (kebolehan merasai apa yang dirasai oleh klien) dan genuin (jujur dan ikhlas) membantu klien dalam perhubungan yang teraputik.
Kaunselor sudah tentunya seorang guru kerana dialah model untuk diikuti dan dicontohi oleh klien dengan sifat peribadi mulianya. Kaunselor boleh jadi mungkin seorang mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan mursyid.

Kaunselor juga akan bergerak bersama dengan kliennya dalam proses perkembangan yang dilalui yang mana ianya akan memberikan pengalaman kepada klien. Jika kaunselor berkesan, maka akan mendatangkan hasil atau outcome yang baik juga. Wallahua'lam.

NUKILAN HATI

Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat. Sesungguhnya, apa yang kurang itu adalah berpunca daripada kelemahanku sebagai manusia. Yang hebat itu datangnya dari Allah.

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

TAWAN HATI DAN SENTUH JIWA PELAJAR

MENCARI SESUATU???

Tuesday, October 1, 2013

BERJUANG TIDAK MUDAH!!!



















WAHAI ANAK DIDIK SEKALIAN, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013.
SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.


ALLAH YA BASIR, YANG MAHA MELIHAT KAMU
ALLAH YA RAQIB YANG MAHA MENGAWASI KAMU

ALLAH YA ALIM. YANG MAHA MENGETAHUI DAN MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN YANG LUAS
ALLAH YA HAKIM, YANG MAHA BIJAKSANA

SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN ILMUNYA KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR SEKALIAN DALAM MENEMPUH PEPERIKSAAN DUNIA.

DAN INGATLAH,
HIDUP KITA TIDAK AKAN HABIS MENITI UJIAN-UJIAN DALAM KEHIDUPAN SELAGI DENGUT NADI MU MASIH BERDETIK.

OLEH ITU,
TERIMALAH UJIAN-UJIAN DARI YA QADIR YA MUQTADIR DENGAN REDHA DAN SABAR, BAHKAN TERUS BERUSAHA DALAM HIDUP UNTUK MENCAPAI KEPUTUSAN YANG CEMERLANGAN, GEMILANG TERBILANG DI AKHIRAT NANTI.
KERANA...SESUNGGUHNYA, AKHIRAT ADALAH TEMPAT DIBACAKAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN UJIAN KEHIDUPAN YANG DILALUI OLEHMU. AKHIRAT ITU KEKAL ABADI, SEDANGKAN KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH PERSINGGAHAN SEMENTARA.

MOHONLAH KEPADA YA HADI, YA NUR AKAN CAHAYA PETUNJUK DARI ALLAH AGAR MENERANGKAN HATI-HATI KITA YANG GELAP INI. MINTALAH AGAR KITA DITUNJUKKI SUPAYA KITA SENANTIASA BERADA DI ATAS JALAN KEBENARAN.

MOHONLAH PERTOLONGAN PADA YA WAHHAB, YANG MAHA MEMBERI PERTOLONGAN AGAR DIA SELALU MENOLONG KITA SEHINGGA KITA DIREDHAI AKHIRNYA.

WALLAHU A'LAM.


No comments:

Post a Comment